Kebimbangan anak Karpal mengenai Dr M ‘sah’, perlu didengari, kata Nurul Izzah

Kebimbangan anak Karpal mengenai Dr M ‘sah’, perlu didengari, kata Nurul Izzah - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kebimbangan anak Karpal mengenai Dr M ‘sah’, perlu didengari, kata Nurul Izzah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kebimbangan anak Karpal mengenai Dr M ‘sah’, perlu didengari, kata Nurul Izzah
link : Kebimbangan anak Karpal mengenai Dr M ‘sah’, perlu didengari, kata Nurul Izzah

Baca juga


Kebimbangan anak Karpal mengenai Dr M ‘sah’, perlu didengari, kata Nurul Izzah

 
Naib presiden PKR itu berkata Sangeet Kaur Deo ikhlas dalam kritikannya terhadap keputusan PH memilih Dr Mahathir Mohamad sebagai calon PM.


nurul-izzah-Sangeet-Kaur-Deo

PETALING JAYA: Anak sulung kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan hak anak mendiang Karpal Singh untuk menyuaraka rasa tidak puas hatinya berkenaan keputusan Pakatan Harapan (PH) mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri sekiranya gabungan itu menang pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Nurul Izzah Anwar, yang juga naib presiden PKR, berkata Sangeet Kaur Deo ikhlas dalam meluahkan kritikannya, sambil berkata PH perlu mendengar pelbagai pandangan.

“Kita sudah hidup di bawah kerajaan diktator disebabkan sistem yang lama dipakai, dan adalah penting untuk meraikan keprihatinan dan kebimbangan orang ramai,” kata Nurul kepada FMT.

Nurul berkata pandangan Sangeet itu juga perlu didengari Dr Mahathir kerana ia merupakan “kebimbangan yang sah”.

“Sebab itu saya memastikan ikrar (PH) turut memuatkan agenda perubahan,” kata ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Sangeet sebelum ini memuat naik komen di Facebook mempersoalkan pembangkang yang menurutnya tidak ada strategi jangka panjang sehingga terpaksa melantik Dr Mahathir, seperti diumumkan gabungan itu Ahad lalu.

Menurut Sangeet, Dr Mahathir terlibat dalam pelbagai kesalahan semasa pentadbirannya termasuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), undang-undang yang digunakan untuk menahan pemimpin pembangkang termasuk ayahnya.

“Ini bukan tentang kemaafan. Ia mengenai akauntabiliti. Mereka yang berkuasa perlu dipertanggungjawabkan atas tindakan mereka. Begitu juga beliau,” katanya.

Nurul akur dengan kebimbangan Sangeet.

“Mengapa tidak? Saya sendiri selalu menggalakkan orang bersuara dan bercakap dari hati,” katanya.

Menurutnya, atas kebimbangan sama itulah PKR mengambil masa lama sebelum mencapai konsensus dalam isu calon perdana menteri.

“Kini kita sudah mencapai konsensus, saya mahu menumpukan untuk menang di pilihan raya umum.”



Demikianlah Artikel Kebimbangan anak Karpal mengenai Dr M ‘sah’, perlu didengari, kata Nurul Izzah

Sekianlah artikel Kebimbangan anak Karpal mengenai Dr M ‘sah’, perlu didengari, kata Nurul Izzah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kebimbangan anak Karpal mengenai Dr M ‘sah’, perlu didengari, kata Nurul Izzah dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/01/kebimbangan-anak-karpal-mengenai-dr-m.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :