KSN: Anak pesara boleh miliki rumah PPA1M

KSN: Anak pesara boleh miliki rumah PPA1M - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KSN: Anak pesara boleh miliki rumah PPA1M, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KSN: Anak pesara boleh miliki rumah PPA1M
link : KSN: Anak pesara boleh miliki rumah PPA1M

Baca juga


KSN: Anak pesara boleh miliki rumah PPA1M

 
Keputusan itu membolehkan anak pesara membeli rumah berharga lingkungan RM150,000 hingga RM300,000 walaupun tidak bekerja dengan kerajaan.


ali-hamsa-ppa1m

KUALA LUMPUR: Anak pesara kerajaan kini berpeluang membeli rumah mampu milik di bawah Skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Menurut beliau, keputusan itu membolehkan golongan anak pesara membeli rumah berharga lingkungan RM150,000 hingga RM300,000 bagi perumahan ‘landed’ (atapk) dan berstrata.

“Pada malam ini, saya ingin memaklumkan kerajaan bersetuju untuk membenarkan anak-anak pesara kerajaan untuk membeli rumah PPA1M, ada kemungkinan pesara semua sudah ada rumah.

“Tetapi anak-anak pesara juga boleh memiliki rumah PPA1M walaupun mereka tidak bekerja dengan kerajaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Khidmat Bakti Tahun 2018, malam tadi.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan lanjut butiran mengenai perkara tersebut.

Sebelum ini, syarat permohonan PPA1M hanya terbuka kepada penjawat awam daripada semua gred jawatan, penjawat awam yang pencen dan kontrak.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan kemudahan perubatan yang dinikmati oleh ibu bapa penjawat awam akan dapat terus dinikmati mereka walaupun penjawat awam berkenaan sudah bersara.

Sementara itu, Ali mahu pesara kerajaan kekal membantu kerajaan menyampaikan maklumat dan dasar-dasar kerajaan dengan baik bagi menghindarkan maklumat tidak tepat ditularkan kepada rakyat sekali gus menjejaskan kestabilan ekonomi dan pembangunan negara.

Beliau juga menyarankan pesara kerajaan berkongsi pandangan mengenai kerajaan melalui landasan atau platform yang betul bagi menjaga kredibiliti dan imej perkhidmatan awam.

Katanya, pesara kerajaan yang merupakan pengasas dan tunjang kepada dasar-dasar yang diperkenalkan perlu aktif menyumbang idea dalam merealisasikan hasrat Malaysia menjadi antara 20 negara teratas dalam pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat menjelang tahun 2050.



Demikianlah Artikel KSN: Anak pesara boleh miliki rumah PPA1M

Sekianlah artikel KSN: Anak pesara boleh miliki rumah PPA1M kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KSN: Anak pesara boleh miliki rumah PPA1M dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/01/ksn-anak-pesara-boleh-miliki-rumah-ppa1m.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :