Judul : Kes Indira beri kesan kuasa Mahkamah Syariah - Peguam
link : Kes Indira beri kesan kuasa Mahkamah Syariah - Peguam
Kes Indira beri kesan kuasa Mahkamah Syariah - Peguam
Oleh Shuhaniza Said
SHAH ALAM: Keputusan mahkamah berhubung kes penukaran agama anak pasangan guru tadika, M Indira Gandhi dan bekas suaminya, Mohd Ridhuan Abdullah bakal mendatangkan impak besar kepada bidang kuasa mahkamah syariah di negeri-negeri dan peruntukan di bawah enakmen pentadbiran agama di negeri-negeri di Semenanjung.
Peguam, Datuk Salehuddin Saidin dalam pada itu berkata, penghakiman itu juga bermakna apa sahaja kes selepas ini yang seumpamanya, akan dibicarakan di bawah undang-undang sivil, tanpa mengira latar belakang agama.
Ujarnya, ini menggambarkan bahawa kesannya nanti segala keputusan yang dibuat mahkamah syariah nanti, bakal membuka jalan kepada mana-mana pihak yang tak puas hati untuk membuat semakan di mahkamah sivil.
Tambah Salehuddin, dengan keputusan yang menyatakan kedua-dua ibu bapa perlu beri persetujuan berkaitan penukaran agama anak, ia secara langsung telah tidak konsisten dengan keputusan yang dibuat Mahkamah Persekutuan sebelum ini dalam kes pasangan R Subashini lawan T Saravanan pada tahun 2007.
"Jadi, apa yang boleh pihak responden lakukan sekarang adalah memfailkan satu permohonan kebenaran untuk Mahkamah Persekutuan menyemak keputusan yang telah dibuat, dan memohon supaya satu kourum yang lebih besar ditetapkan bagi membuat satu keputusan yang nyata tentang kedudukan persoalan undang-undang yang menjadi pertikaian,” katanya kepada Antarapos.
Bagaimanapun menurutnya, keputusan semalam perlu dihormati kerana ia telah melalui proses undang-undang yang betul.
“Cuma disebabkan ada dua mahkamah tertinggi telah buat keputusan yang agak berbeza, maka adalah bersesuaian untuk pihak responden atau pihak yang berkepentingan terutama majlis agama negeri untuk memohon kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk meneliti semula dua keputusan yang telah dibuat
"Tapi kalau sekiranya permohonan tak dibenarkan, maka kena tunggu satu lagi kes yang sama untuk dibawa hingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan yang kemudiannya nanti akan meneliti dua keputusan yang berbeza dari segi prinsipnya,” jelasnya lagi.
Mahkamah Persekutuan semalam memutuskan penukaran agama tiga anak Indira kepada agama Islam adalah tidak sah dan terbatal.
Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin membuat keputusan sebulat suara selepas membenarkan rayuan akhir dibuat Indira berhubung kesahihan penukaran agama tiga anaknya iaitu Tevin Darsiny,21, Karan Dinish,20 dan Prasana Diksa 9, kepada Islam.
Menerusi 99 mukasurat penghakiman yang dibacakan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zainun Ali, mahkamah memutuskan persetujuan kedua-dua ibu bapa adalah perlu untuk penukaran agama anak sebelum Sijil Perakuan Memeluk Islam dikeluarkan oleh Pendaftar Mualaf.
Demikianlah Artikel Kes Indira beri kesan kuasa Mahkamah Syariah - Peguam
Sekianlah artikel Kes Indira beri kesan kuasa Mahkamah Syariah - Peguam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kes Indira beri kesan kuasa Mahkamah Syariah - Peguam dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/01/kes-indira-beri-kesan-kuasa-mahkamah.html