Judul : Tiga sekawan didakwa edar 5.9kg heroin
link : Tiga sekawan didakwa edar 5.9kg heroin
Tiga sekawan didakwa edar 5.9kg heroin
ANTARAPOSIPOH: Tiga sekawan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua tuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 5.8 kilogram di sebuah rumah kedai, 17 Januari lalu.
Ketiga-tiga tertuduh, S. Devasivasharman, 22, P.P.Muniswaran, 44, dan G. Kalaiyarasan,47, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Hafizah Mohammad Pauzi.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh.
Mengikut pertuduhan pertama, ketiga-tiga tertuduh didakwa secara bersama-sama telah mengedar dadah jenis heroin seberat 2.67 kilogram.
Kesalahan tersebut didakwa dilakukan mereka pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari, 17 Januari lalu di sebuah rumah kedai di Jalan Jelapang dekat sini.
Bagi pertuduhan kedua pula, mereka didakwa secara bersama-sama mengedar dadah jenis heroin seberat 3.19 kilogram pada masa, tarikh dan tempat yang sama.
Pertuduhan terhadap mereka semua dikemukakan mengikut Seksyen 39B (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Sesyen 39B(2) akta yang sama dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Demikianlah Artikel Tiga sekawan didakwa edar 5.9kg heroin
Sekianlah artikel Tiga sekawan didakwa edar 5.9kg heroin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tiga sekawan didakwa edar 5.9kg heroin dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/01/tiga-sekawan-didakwa-edar-59kg-heroin.html