Lebuhraya Persekutuan bebas tol

Lebuhraya Persekutuan bebas tol - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lebuhraya Persekutuan bebas tol, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lebuhraya Persekutuan bebas tol
link : Lebuhraya Persekutuan bebas tol

Baca juga


Lebuhraya Persekutuan bebas tol

 
Pemansuhan Plaza Tol Sungai Rasau dan Plaza Tol Batu Tiga bertujuan mengurangkan kos sara hidup serta meningkatkan kualiti hidup rakyat.
 
 
noh-tol-2

SHAH ALAM: Kutipan tol di Plaza Tol Sungai Rasau dan Plaza Tol Batu Tiga di sini ditamatkan secara rasmi tepat 12 tengah malam tadi dengan palang tol di kedua-dua plaza berkenaan diangkat sambil diiringi sorakan orang ramai.

Kutipan tol di kedua-dua plaza berkenaan bermula 15 November 1993 dan ditamatkan 20 tahun lebih awal daripada tempoh ditetapkan dalam perjanjian konsesi Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Pemansuhan itu dirai dalam satu majlis kesyukuran ringkas di Plaza Tol Sungai Rasau dengan kehadiran Pengerusi Barisan Nasional Selangor, Tan Sri Noh Omar; Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Ismail Md Salleh.

noh-tol-1

Pada majlis berkenaan, PLUS yang diwakili Pengarah Urusan Datuk Azman Ismail menyerahkan secara rasmi surat serah kuasa pembatalan tol kepada Ismail.

Pemansuhan kutipan tol itu selaras pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa pembentangan Bajet 2018, sebagai bukti keprihatinan kerajaan dalam mengurangkan kos sara hidup dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Langkah itu memberi manfaat kepada kira-kira 270,000 penduduk Shah Alam dan Klang yang akan menikmati penjimatan antara RM48.40 dan RM126 sebulan.

Susulan pemansuhan tol itu, operasi dan penyenggaraan jajaran Lebuhraya Persekutuan Laluan 2 diletakkan di bawah tanggungjawab Jabatan Kerja Raya.

LIHAT VIDEO DI SINI



Demikianlah Artikel Lebuhraya Persekutuan bebas tol

Sekianlah artikel Lebuhraya Persekutuan bebas tol kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lebuhraya Persekutuan bebas tol dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/01/lebuhraya-persekutuan-bebas-tol.html

Subscribe to receive free email updates: