Judul : PAS tak perlu pertikai permohonan maaf Tun M, kata Mukhriz
link : PAS tak perlu pertikai permohonan maaf Tun M, kata Mukhriz
PAS tak perlu pertikai permohonan maaf Tun M, kata Mukhriz
Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar
SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak perlu mempertikai permohonan maaf yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mengaitkan ia dengan adat Melayu dan tuntutan Islam.
Perkara itu ditegaskan Naib Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika mengulas kenyataan Hadi terhadap permohonan maaf Pengerusi PPBM itu, Sabtu lalu.
"Kita anggap (adab) Melayu itu Islam. Yang mana baik dalam adat kita tentunya berpunca dari Islam. Apabila beliau kata sebagai orang Melayu, itulah yang kita buat. Jika ia tak bertentangan malah sebahagian amalan orang Islam, maka tak perlu pertikai.
"Lainlah jika bertentangan adat Melayu apa yang diajar oleh agama, itu menjadi masalah. Jika sama, mengapa hendak timbulkan isu?," katanya kepada Antarapos, hari ini.
Hadi pada semalam berkata Dr Mahathir memohon maaf tetapi tidak mengakui kesalahannya yang dilakukan sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri.
Ahli Parlimen Marang itu juag mempertikai pendirian Dr Mahathir bahawa permohonan maafnya itu dilakukan atas dasar adat Melayu, sebaliknya kata Hadi, ia perlu dibuat berpaksikan konsep Islam.
Terdahulu Dr Mahathir, ketika berucap di pentas Mesyuarat Agung tahunan (AGM) PPBM 30 Disember lalu, memohon maaf atas kesalahan lampaunya, namun tidak memperincikan butirannya.
"Itu memang adat orang Melayu, jika telah menyinggung perasaan mana-mana pihak atas kenyataan atau tindakan kita.
"Kita mohon maaf secara am, umum. Tak perlulah disebut satu per satu apa kesalahan kita, itu mengaibkan diri pula," kata Mukhriz lagi.
Pengerusi PPBM itu kerap didesak untuk memohon maaf di atas rekod pemerintahannya yang dicalar dengan penangkapan musuh-musuh politik termasuk pemimpin PKR dan DAP di bawah Ops Lalang.
Beliau juga dituduh bertanggungjawab di atas penahanan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 selepas memecatnya daripada kerajaan dan Umno, selain didesak oleh penyokong pembangkang untuk akur dan memohon maaf di atas tindakan-tindakannya sebelum ini yang mengekang kebebasan kehakiman, hak asasi manusia serta pembaziran, pemborosan dan politik wang semasa pemerintahannya.
PAS juga sebelum ini meminta Dr Mahathir bertanggungjawab dan meminta maaf atas peristiwa Memali yang terjadi pada 1985 yang telah mengorbankan 17 nyawa penduduk dan annota keselamatan.
Mengulas lanjut Mukhriz kemudiannya bertanyakan apakah Hadi sendiri mahu meminta maaf atas Amanat Hadi yang didakwa mencetuskan tragedi berdarah Memali.
"Jika Hadi bercakap begitu, bila pula Hadi hendak meminta maaf mengenai Amanat Hadi yang mencetuskan polemik antara yang beragama Islam selama ini? Sampai ke hari ini saya tak pernah dengar dia menarik balik atau memohon maaf atas amanatnya itu. Walaupun orang yang dikafirkan ketika itu menjadi sahabat baiknya iaitu Umno.
"Bayangkan apa perasaan orang Melayu-Islam yang mengikuti Amanat Hadi yang solat dua imam, ada bercerai berai, hubungan antara keluarga pun retak, kerana Amanat Hadi itu," katanya.
Sementara itu, Mukhriz turut menafikan tindakan berdiam diri golongan mufti terhadap Amanat Hadi disebabkan campur tangan politik di dalam pentadbiran, sebagaimana didakwa Hadi, semalam.
"Jika kita fikirkan logik di sebalik kenyataan Hadi, ia seolah-olah tak masuk akal. Bagimana amanat yang dikeluarkan pemimpin pembangkang tak boleh disanggah oleh ketua-ketua agama, khususnya mufti di peringkat negeri? Walhal mufti itu berkait dengan kerajaan, bukan pembangkang.
"Jika tidak ketua-ketua kerajaan akan paksa mereka mengeluarkan fatwa mengenai Amanat Hadi dan tentunya akan beri kesan," katanya.
Hadi berkata tindakan berdiam diri golongan agama terhadap Amanat Hadi yang dikaitkan dengan peristiwa Memali disebabkan tiada pemisahan kuasa legislatif, eksekutif dan kehakiman.
Respon itu menyusul selepas Dr Mahathir mempersoal mengapa tiada kenyataan dikeluarkan oleh golongan agama atas isu kafir-mengkafir sesiapa yang tidak menyertai PAS.
Demikianlah Artikel PAS tak perlu pertikai permohonan maaf Tun M, kata Mukhriz
Sekianlah artikel PAS tak perlu pertikai permohonan maaf Tun M, kata Mukhriz kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAS tak perlu pertikai permohonan maaf Tun M, kata Mukhriz dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/01/pas-tak-perlu-pertikai-permohonan-maaf.html