Judul : Najib umum empat khabar gembira buat pesara polis
link : Najib umum empat khabar gembira buat pesara polis
Najib umum empat khabar gembira buat pesara polis
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Berita gembira kepada para pesara polis.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan empat khabar gembira kepada lebih 120,000 pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Najib berkata, kerajaan telah bersetuju meluluskan peruntukan berjumlah RM3 juta setiap tahun bagi tempoh tiga tahun kepada Tabung Amanah Warisan Polis yang berperanan membantu keluarga pesara polis.
Beliau juga mengumumkan kuota khas menunaikan haji akan diberi kepada golongan pesara polis.
Beliau bagaimanapun belum memuktamadkan jumlah kuota itu kerana perlu menunggu 'isyarat' daripada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.
"Selain itu, kerajaan juga akan mengkhaskan sebahagian daripada 10,000 unit skim perumahan mampu milik Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) supaya golongan pesara ini mampu memiliki rumah.
"Atas nasihat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hal ehwal veteran polis akan disusun semula dan akan buka cawangan di setiap negeri bagi memudahkan kita membantu khususnya daripada aspek kebajikan pesara.
"Tuan-tuan, saya tahu ini bukanlah nilai sumbangan tuan-tuan yang tidak ternilai," katanya di hadapan kira-kira 5,000 pesara polis dari seluruh negara pada Majlis Perjumpaan Pesara-Pesara Polis Dengan Perdana Menteri di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Turut Hadir, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri; Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun serta Timbalannya, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.
Demikianlah Artikel Najib umum empat khabar gembira buat pesara polis
Sekianlah artikel Najib umum empat khabar gembira buat pesara polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Najib umum empat khabar gembira buat pesara polis dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/01/najib-umum-empat-khabar-gembira-buat.html