Judul : Anwar: Rafizi jadi sasaran, cerita lembu padam
link : Anwar: Rafizi jadi sasaran, cerita lembu padam
Anwar: Rafizi jadi sasaran, cerita lembu padam
KEADILAN DAILY
Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan hukuman penjara 30 bulan yang diterima Anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli kerana mendedahkan akaun berkaitan National Feedlot Corporation (NFC).Dalam warkah yang ditulisnya dari Penjara Sungai Buloh, ikon reformasi itu juga kesal kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini menyiasat skandal NFC tetapi sehingga kini pihak yang untung daripada skandal tersebut tidak dihukum.
Berikut disiarkan kenyataan Anwar yang lengkap:
Tiga tahun berlalu sang penguasa merampas hak saya. Pernah saya gesa di awal 2015: andainya pemenjaraan saya mampu meredakan tekanan ekonomi rakyat; bahawa rasuah akan lebih terkawal dan kezaliman dibendung maka ada jua hasil positif dari penindasan keatas saya.
Malangnya harga barang meningkat, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) memeras, rasuah merebak meluas, rompakan 1MDB mencecah puluhan billion ringgit. Dan untuk mengalih perhatian rakyat isu perkauman sempit dan kefanatikan agama menular semula.
Tokoh-tokoh pembangkang termasuk kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor menjadi sasaran.
Paling memualkan adalah tokoh muda YB Rafizi Ramli menjadi sasaran kerana mendedahkan penyalahgunaankuasa dana penternak berpindah kapada keluarga menteri. Riuh rendah SPRM menyiasat ke hulu hilir tetapi kisah lembu-lembu terpadam.
Sebelum itu YB Tian Chua turut menerima tempelakan sama daripada penguasa.
Maka pilihan kita tetap dengan mendamba perubahan, dan memastikan KEADILAN dan Pakatan Harapan diberikan sokongan dan kepercayaan.
Kepada Azizah sekeluarga, rakan dan penggerak masyarakat seluruhnya saya ucapkan penghargaan.
Semoga Allah SWT merestui ikhtiar kita bersama.
Demikianlah Artikel Anwar: Rafizi jadi sasaran, cerita lembu padam
Sekianlah artikel Anwar: Rafizi jadi sasaran, cerita lembu padam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Anwar: Rafizi jadi sasaran, cerita lembu padam dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/02/anwar-rafizi-jadi-sasaran-cerita-lembu.html