Pegawai JASA gaji mahal tak tahu derita rakyat – Nurul Izzah Anwar

Pegawai JASA gaji mahal tak tahu derita rakyat – Nurul Izzah Anwar - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pegawai JASA gaji mahal tak tahu derita rakyat – Nurul Izzah Anwar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pegawai JASA gaji mahal tak tahu derita rakyat – Nurul Izzah Anwar
link : Pegawai JASA gaji mahal tak tahu derita rakyat – Nurul Izzah Anwar

Baca juga


Pegawai JASA gaji mahal tak tahu derita rakyat – Nurul Izzah Anwar


Nurul-Izzah 

KEADILAN DAILY


Pegawai agensi propaganda Umno tidak memahami penderitaan rakyat kerana hidup mereka yang telah selesa dengan pendapatan tinggi, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas kritikan pengarah komunikasi strategik Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Tun Faisal Ismail Aziz, terhadap bekas pengusaha rangkaian Kedai Runcit 1Malaysia (KR1M) iaitu pasar raya Mydin.

“Realiti hari ini (adalah) rakyat tiada wang yang cukup untuk perbelanjaan runcit walaupun pertumbuhan dalam negara, kata JASA, makin kukuh.

“Mana mungkin pegawai JASA tahu – mereka masih mendapat elaun tinggi & terus dijaga walau ekonomi rakyat sebenar semakin suram,” kata Naib Presiden KEADILAN itu menerusi akaun Facebook beliau.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin sebelum ini berkata jualan di rangkaian pasar raya gergasi miliknya iaitu Mydin mengalami penguncupan jualan sebanyak 4.8 peratus dalam suku pertama tahun.

Sementara, KR1M yang dikontrakkan kepada syarikatnya pula mengalami penguncupan jualan sebanyak 1.2 peratus.

Ia berlaku sewaktu Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat sebanyak 5.6 peratus.

Ameer berkata hal tersebut berlaku kerana beliau merasakan “orang ramai” tidak mempunyai wang” untuk berbelanja.

Kenyataan Ameer itu kemudian dibidas Tun Faisal yang mempertikaikan rekod keuntungan RM30 juta Mydin.

Tun Faisal sebaliknya menuding jari kepada strategi penetapan harga yang salah, kesilapan model perniagaan Kedai Rakyat 1Malaysia, kesilapan memilih segmen, kegagalan memenuhi citarasa segmen dan kos operasi yang tinggi.



Demikianlah Artikel Pegawai JASA gaji mahal tak tahu derita rakyat – Nurul Izzah Anwar

Sekianlah artikel Pegawai JASA gaji mahal tak tahu derita rakyat – Nurul Izzah Anwar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pegawai JASA gaji mahal tak tahu derita rakyat – Nurul Izzah Anwar dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/02/pegawai-jasa-gaji-mahal-tak-tahu-derita.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :