Judul : Empat sekeluarga lemas dikebumi satu liang lahad
link : Empat sekeluarga lemas dikebumi satu liang lahad
Empat sekeluarga lemas dikebumi satu liang lahad
ANTARAPOSTANAH MERAH: Jenazah empat sekeluarga yang lemas di Pantai Tok Bali, Pasir Puteh, selamat dikebumikan malam tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Pasir/Padang Kijang.
Jenazah Yazul Bahari Yacob, 46, dan anaknya, Yasmin Nor Aliza, 10; adik Yazul Bahari, Yusnina, 38; serta anak saudara mereka, Zufika Suhaimi, 10, dikebumikan dalam satu liang kira-kira jam 11.45 malam.
Yang turut menziarahi dan berada di tanah perkuburan ialah Penaung Pertubuhan Pakatan Anak Tanah Merah (PAKAT), Datuk Seri Muhammud Supardi Md Nor.
Terdahulu, jenazah berkenaan yang tiba dari Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh, dibawa ke rumah bapa mereka, Yacob Ismail, 68, di kampung itu kira-kira jam 10 malam.
Jenazah kemudian disembahyangkan di rumah itu oleh hampir 100 jemaah dengan diimamkan ImamTua Masjid Mukim Alor Pasir, Yahya Daud.
Sementara itu, Yacob ketika ditemui berkata, beliau reda dan menyifatkan mungkin ada hikmah di sebalik kejadian berkenaan.
"Allah lebih menyayangi mereka dan diharapkan seorang lagi ahli keluarga kami yang masih hilang ditemui segera (setakat malam tadi)," katanya.
Dalam kejadian jam 10.50 pagi semalam, empat sekeluarga itu lemas ketika mandi-manda di Pantai Tok Bali. Mayat mereka ditemui jam 11.15 pagi.
Yazul Bahari adalah dari Serdang, Selangor, manakala Yusnina dari Tanah Merah dan Zufika dari Semenyih, Selangor.
Sementara itu seorang lagi mangsa lemas, Khaizuran Waliyuddin Suhaimi, 5, ditemui nelayan 9.45 pagi tadi.
Demikianlah Artikel Empat sekeluarga lemas dikebumi satu liang lahad
Sekianlah artikel Empat sekeluarga lemas dikebumi satu liang lahad kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Empat sekeluarga lemas dikebumi satu liang lahad dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/02/empat-sekeluarga-lemas-dikebumi-satu.html