Judul : Umno Selangor desak SPRM siasat kes serah tanah RM1.18b di Ijok
link : Umno Selangor desak SPRM siasat kes serah tanah RM1.18b di Ijok
Umno Selangor desak SPRM siasat kes serah tanah RM1.18b di Ijok
ANTARAPOSSHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak untuk segera menyiasat secara terperinci isu penyerahan tanah bernilai RM1.18 bilion di Ijok, Kuala Selangor.
Menurut seorang pemimpin Umno di Selangor Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata, ia sangat penting dan jika perlu, bekukan aset-aset tersebut bagi mengekang perkara-perkara yang boleh menjejaskan siasatan.
Menurutnya, kenyataan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali sebelum ini berhubung penyerahan tanah itu di Ijok tidak cukup jelas membuktikan ia sebagai satu penyelesaian.
Katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor, rakyat bertambah sangsi apabila kerajaan negeri menyerahkan semula tanah yang dirampas dan menjualkannya kepada syarikat awam sedangkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Rayuan memihak kepada kerajaan negeri Selangor.
"Ini merupakan sesuatu yang mencurigakan. Saya menyokong tindakan beberapa NGO yang curiga dan melaporkannya kepada SPRM.
"Kita juga khuatir akan nasib rakyat Selangor yang tidak mendapat manfaat daripada tanah tersebut sekiranya dimanipulasikan pula oleh pihak-pihak tertentu, "katanya dalam satu kenyataan media.
Katanya, kenyataan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai isu tanah ini juga wajar diambil serius memandangkan beliau amat mengetahui intipati dan kronologi perkara tersebut.
"Kerajaan negeri dan Mohamed Azmin seharusnya lebih sensitif terhadap pengurusan aset-aset yang melibatkan kepentingan rakyat.
"Isu seperti ini tidak langsung mencerminkan kerajaan negeri peduli terhadap nasib rakyat terutama peneroka tanah serta peladang dan petani tempatan di Ijok, " katanya.
Demikianlah Artikel Umno Selangor desak SPRM siasat kes serah tanah RM1.18b di Ijok
Sekianlah artikel Umno Selangor desak SPRM siasat kes serah tanah RM1.18b di Ijok kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Umno Selangor desak SPRM siasat kes serah tanah RM1.18b di Ijok dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/02/umno-selangor-desak-sprm-siasat-kes.html