Ibu bapa jangan berlumba hantar anak ke tuisyen

Ibu bapa jangan berlumba hantar anak ke tuisyen - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ibu bapa jangan berlumba hantar anak ke tuisyen, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ibu bapa jangan berlumba hantar anak ke tuisyen
link : Ibu bapa jangan berlumba hantar anak ke tuisyen

Baca juga


Ibu bapa jangan berlumba hantar anak ke tuisyen

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Ibu bapa tidak sepatutnya menjadikan tuisyen (kelas tambahan) sebagai satu trend semata-mata kerana mahu anak-anak mereka cemerlang dalam akademik sehingga terlepas pandang peluang untuk mencungkil kemahiran dan kecenderungan lain.
 
Sebaliknya, kata Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE) Datin Noor Azimah Abdul Rahim, ibu bapa perlu berkomunikasi terlebih dahulu dengan anak masing-masing bagi membolehkan mereka mengetahui kecenderungan minat anak-anak di sekolah.
 
"Jangan jadikan budaya hantar anak ke tuisyen ini suatu trend. Hentikanlah! Sebaliknya berbincang dahulu dan fikirkan sama ada tuisyen itu satu kewajipan atau keperluan,” katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.
 
Beliau mengulas trend ibu bapa yang masih mengukur kejayaan dalam peperiksaan sebagai penanda aras kecemerlangan anak-anak dan berlumba-lumba menghantar anak-anak mereka ke kelas tambahan untuk mencapai tujuan tersebut.
 
Malah ada yang menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen sejak dari Tahun Satu dan ada yang menghadiri lebih daripada satu kelas tuisyen
 
Mengulas lanjut keghairahan ibu bapa ‘memenuhi’ masa lapang anak-anak dengan kelas tambahan sejak awal persekolahan, Noor Azimah berkata langkah itu secara tidak sedar ‘meragut’ kebebasan zaman kanak-kanak golongan itu.
 
Katanya anak-anak mempunyai kecenderungan serta minat masing-masing dan perkara itulah yang seharusnya diasah, contohnya dalam bidang sukan.
 
“Kecemerlangan pelajar juga tidak semestinya dalam mata pelajaran sahaja, sebaliknya ada antara mereka yang cenderung dalam aktiviti lain. Pada masa sama menjadikan mental serta fizikal mereka sihat serta cerdas, ini yang perlu difokuskan oleh ibu bapa, galak apa yang anak-anak suka lakukan, bukan paksaan," katanya.
 
Berkongsi pandangan, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Kamarozaman Abd Razak berkata dengan dasar pendidikan yang semakin ke arah pendidikan holistik, menghantar anak ke kelas tambahan untuk kecemerlangan akademik adalah sangat merugikan.
 
“Jika ibu bapa menghantar anak ke kelas tambahan untuk memantapkan komunikasi dalam Bahasa Inggeris atau asas agama Islam itu adalah bagus. Tetapi adalah lebih baik wang itu dilaburkan ke tabung PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) untuk menjalankan aktiviti yang boleh mencungkil kemahiran dan pembangunan karektor murid,”katanya.
 
Kamarozaman berkata dalam hal ini ibu bapa perlu berlapang dada mengubah budaya untuk tidak terlalu berkira apabila membayar yuran PIBG, sedangkan sumbangan tersebut sebenarnya banyak manfaat untuk kepentingan pembelajaran murid.
 
Katanya dengan sistem pendidikan negara kini ke arah pendidikan holistik, ibu bapa perlu melihat kepada aspek keseluruhan kebolehan anak-anak mereka yang bukan sahaja melibatkan aspek akademik tetapi juga aspek lain



Demikianlah Artikel Ibu bapa jangan berlumba hantar anak ke tuisyen

Sekianlah artikel Ibu bapa jangan berlumba hantar anak ke tuisyen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ibu bapa jangan berlumba hantar anak ke tuisyen dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/02/ibu-bapa-jangan-berlumba-hantar-anak-ke.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :