Judul : Pemandu lori mandi atas bukit, JPJ pula dituduh minta rasuah
link : Pemandu lori mandi atas bukit, JPJ pula dituduh minta rasuah
Pemandu lori mandi atas bukit, JPJ pula dituduh minta rasuah
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan anggotanya telah mengarahkan tiga pemandu lori menanggalkan pakaian dan hanya memakai seluar dalam kerana tidak memberi suapan seperti yang diminta.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan JPJ, insiden yang tular di media sosial baru-baru ini sebenarnya berlaku pada bulan Mei 2015.
“Empat orang anggota penguat kuasa Stesen Penguat kuasa (SPK) Mentara telah diarahkan oleh Ketua SPK Mentara untuk menjalankan rondaan penguatkuasaan di sekitar Jalan Aring ke Tasik Kenyir.
“Mereka kemudian menjumpai tiga buah lori jenis semi-treler kargo am sedang berhenti di bahu jalan tanpa pemandu dan menghalang lalu lintas,” katanya.
Menurutnya, ketika pemeriksaan dilakukan, pemandu lori didapati sedang mandi di atas bukit berdekatan kemudian bergegas turun dengan hanya berseluar dalam.
“Penguat kuasa sudah mengarahkan mereka mengambil pakaian namun memberi alasan pakaian mereka berada di atas bukit.
“Disebabkan rasa malu dan takut dilihat oleh orang ramai yang lalu lalang, mereka telah duduk di sebelah kanan belakang kenderaan JPJ,” ujarnya.
Jelasnya lagi, kesemua pemandu telah meminta maaf dan penguat kuasa telah mengarahkan mereka mengalihkan kenderaan ke tempat yang lebih sesuai.
Demikianlah Artikel Pemandu lori mandi atas bukit, JPJ pula dituduh minta rasuah
Sekianlah artikel Pemandu lori mandi atas bukit, JPJ pula dituduh minta rasuah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pemandu lori mandi atas bukit, JPJ pula dituduh minta rasuah dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/02/pemandu-lori-mandi-atas-bukit-jpj-pula.html