Judul : Jelajah Pakatan Harapan bermula di Melaka
link : Jelajah Pakatan Harapan bermula di Melaka
Jelajah Pakatan Harapan bermula di Melaka
ZULKIPLY HARUN | Foto WAN ZAHARI SALLEHPengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan besar kemungkinan calon-calon Pakatan Harapan (PH) terpaksa menggunakan logo parti masing-masing dalam pilihan raya umum (PRU) tahun ini kerana Pendaftar Pertubuhan belum lagi meluluskan pendaftaran gabungan parti politik itu.
Malah sehingga kini, ujar beliau belum ada sebarang maklum balas diberikan terhadap permohonan yang telah dibuat PH sebelum ini.
Tun Mahathir berucap di Majlis Jelajah Harapan Melaka 2018 di Alor Gajah semalam.
Ribuan rakyat Melaka dari semua lapisan masyarakat hadir pada majlis jelajah PH itu.
Ini adalah program pertama Jelajah PH yang bakal diadakan di seluruh negara sehingga pembubaran parlimen.
“Najib (Perdana Menteri Malaysia) sedang membuat berbagai tindakan untuk mengalahkan PH,
umpamanya sehingga sekarang PH tidak didaftarkan oleh RoS (Pendaftar Pertubuhan).
“Mereka bukan sahaja tidak daftarkan, tetapi tidak jawab surat permohonan dari kita,” tambahnya.
Beliau yakin pendaftaran PH sengaja dilewatkan bagi menghalang parti-parti gabungan PH menggunakan lambang yang sama dan terpaksa menggunakan simbol parti masing-masing dalam PRU yang akan diadakan pada bila-bila masa.
Bagaimanapun Tun Mahathir yakin walaupun pentadbiran Najib ‘takut’ untuk mendaftarkan PH, rakyat tetap mengetahui bahwwa AMANAH, PKR, DAP dan Bersatu adalah parti-parti gabungan PH.
Beliau mengambil contoh dalam PRU ke-13 lalu, Pakatan Rakyat yang dianggotai tiga parti (PKR, DAP dan Pas) tetap mendapat sokongan majoriti rayat dan hampir mengalahkan BN.
Tun Mahathir turut menyentuh pelbagai kaedah yang dilakukan BN untuk mengalahkan PH seperti mengubah persempadanan kawasan pilihan raya dan memperluaskan undi pos.
“Kita berharap pilihan raya yang akan datang ini adalah pilihan raya yang bersih, tidak ada penipuan oleh mana-mana pihak. Saya yakin jika pilihan raya ini bersih, PH akan dapat mencapai kemenangan,” ujarnya.
Justeru itu, Tun Mahathir menyeru rakyat supaya mengundi calon dari komponen PH dan menolak calon-calon yang menggunakan simbol dacing (BN) dan bulan (Pas).
Turut berucap pada majlis yang sama Presiden PH Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PH Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan Mohamad Sabu, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke dan Pengerusi PH Melaka Adly Zahari.
Satu persembahan montaj yang menarik dari Media Oren turut dipersembahkan di majlis tersebut.
Sebelum itu, di sebelah petang para pemimpin PH telah menghadiri program-program berasingan anataranya Sesi Teh Tarik bersama Tun Mahathir di Krubong, program Bonda Aspirasi Harapan di Ayer Molek yang dihadiri Dr Wan Azizah, program Minum Petang menampilkan Mohamad Sabu di Merlimau Pasir dan rumah terbuka Tahun Baru Cina dihadiri Anthony Loke di bandar Melaka.
Demikianlah Artikel Jelajah Pakatan Harapan bermula di Melaka
Sekianlah artikel Jelajah Pakatan Harapan bermula di Melaka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jelajah Pakatan Harapan bermula di Melaka dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/02/jelajah-pakatan-harapan-bermula-di.html