Judul : Kategori pengundi pos diperbanyak kalahkan Pakatan Harapan
link : Kategori pengundi pos diperbanyak kalahkan Pakatan Harapan
Kategori pengundi pos diperbanyak kalahkan Pakatan Harapan
ARIF ATANSetiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution menyifatkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) membenarkan 12 kategori penjawat awam sebagai pengundi pos dibimbangi menjejaskan kemenangan Pakatan Harapan (PH).
Menurutnya, pengalaman pilihan raya lalu menyaksikan pihak pembangkang di kerusi tertentu tewas disebabkan pengundi pos dan pengundi awal.
“Walaupun kita tegur dan kritik kepincangan sistem (pilihan raya), dia guna pula institusi SPR ini.
“Ini lebih dahsyat sebab ada 400,000 undi pos dan undi awal pun di beberapa kawasaan strategik sudah cukup mengalahkan kita.
“Keputusan undi pos dan undi awal itu seolah-olah mereka tidak terkesan dengan isu harga barang naik, anak-anak mereka tiada kerja,” katanya ketika berucap sempena majlis Makan Malam PH Kuala Nerus, kelmarin.
Bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini, jelasnya, jururawat di hospital kerajaan, warden jabatan penjara, pegawai jabatan maritim dan polis bantuan turut boleh memohon menjadi pengundi pos.
“Syaratnya, cuma majikan mesti mengesahkan. Cukup. Itu saja dan SPR mensasarkan sejuta pengundi pos.
“Kita sudah lawan (sistem tidak adil SPR) sebelum ini tapi kali ini dia (SPR) banyakkan lagi kategori pengundi pos.
“Sedangkan kita tidak tahu jururawat itu kerja atau tidak pada hari mengundi itu,” ujar Saifuddin lagi yang berpendapat tindakan SPR itu di luar kawalan PH.
Untuk rekod, SPR telah membuka permohonan untuk warga Malaysia yang berdaftar sebagai pemilih dan termasuk dalam kategori Pengundi Pos Dalam Negara untuk memohon undi pos mulai 19 Februari lalu.
Turut tersenarai sebagai pengundi pos adalah polis dan tentera yang tidak dapat hadir mengundi awal, petugas media dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Selain itu, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta anggota Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang bertugas di Pusat Transformasi Bandar (UTC) juga boleh menjadi pengundi pos.
Dalam perkembangan berkaitan, PH sebelum ini telah mengesan sejumlah anggota tentera dipindahkan ke kem-kem tentera yang belum siap dibina di beberapa kawasan pilihan raya yang dimenangi secara tipis oleh BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Anggota-anggota tentera yang dipindahkan itu sekali gus layak mengundi sebagai pengundi pos di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang ditempatkan.
Demikianlah Artikel Kategori pengundi pos diperbanyak kalahkan Pakatan Harapan
Sekianlah artikel Kategori pengundi pos diperbanyak kalahkan Pakatan Harapan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kategori pengundi pos diperbanyak kalahkan Pakatan Harapan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/02/kategori-pengundi-pos-diperbanyak.html