Judul : Mahfuz mungkin tertekan rakan pemimpin ditarik balik gelaran - PAS
link : Mahfuz mungkin tertekan rakan pemimpin ditarik balik gelaran - PAS
Mahfuz mungkin tertekan rakan pemimpin ditarik balik gelaran - PAS
Oleh Athirah Hanapiah
SHAH ALAM: Bekas pemimpin PAS seharusnya mengambil pendekatan berjiwa besar dan bukannya mempertikaikan sebarang keputusan yang dibuat institusi di Raja di negara ini.
Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Zawawi Nik Salleh berkata, bekas pemimpin PAS itu nampaknya sedang berada dalam keadaan tertekan apabila mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya.
Ujar beliau lagi, ini juga mungkin balasan dan akibat yang diterima mereka selepas melanggar sumpah bai'ah yang telah dilafazkan ketika berada di dalam PAS.
"Kenyataan (Mahfuz) itu memberi gambaran bahawa mereka (yang keluar PAS) sudah berada di zon yang sangat tertekan apabila parti mereka tidak mendapat sambutan dalam kalangan rakyat dan mereka keluar daripada PAS beramai-ramai dan Alhamdulillah tidak ada yang mengikut mereka kecuali jumlah yang sangat sedikit.
"Jadi mungkin mereka dalam situasi yang sangat tertekan sehingga kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan itu tidak menggambarkan seorang pemimpin yang berjiwa besar.
"Kenyataan-kenyataan sedemikian menggambarkan macam orang yang merajuk, orang yang bercakap tanpa matlamat perjuangan yang jelas, apa benda sahaja pun dia komen, dan bagi saya mereka yang melanggar baiah yang dibuat di dalam PAS tidak akan selamat di dunia dan akhirat," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Semalam, bekas pemimpin tertinggi PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata penarikan semula darjah dan bintang kebesaran beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) menjadikan anugerah darjah dan bintang kebesaran tidak lagi bernilai di mata rakyat.
Ini kerana, menurutnya, perkara itu terjadi ketika pemimpin kleptokrat yang ditolak rakyat masih menyandang anugerah-anugerah dan gelaran-gelaran tersebut.
Kenyataan Ahli Parlimen Pokok Sena itu merujuk kepada keputusan pihak istana Kelantan baru-baru ini yang menarik semula darjah dan bintang kebesaran Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad, Naib Presiden Amanah Husam Musa , dan Pengerusi Amanah Kelantan, Wan Abd Rahim Wan Abdullah,
Menurut Mahfuz lagi, gelaran dan pangkat yang dipegang oleh pemimpin yang terlibat dalam kleptokrasi akan memberi persepsi yang tidak baik kepada rakyat.
Jangan pertikai kuasa mutlak Raja
Dalam pada itu Nik Zawawi berkata, ia adalah hak istana untuk menarik balik darjah kebesaran mereka, dan Mahfuz sebagai seorang pemimpin tidak sepatutnya mengeluarkan sebarang kenyataan yang seolah-olah mempertikaikan keputusan tersebut.
"Mana-mana keputusan yang dibuat oleh pihak istana berkenaan dengan haknya, bintang kebesaran ini adalah milik Duli Yang Maha Mulia Sultan, jadi apabila Sultan beri darjah kebesaran, maka itu adalah haknya.
"Itu hak Tuanku, jadi kalau Tuanku bagi anugerah sesuatu darjat, tiba-tiba dia komen tidak bernilai atau apa sahaja, sedangkan dia terima, jadi ini satu kenyataan yang tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang yang dianggap pemimpin.
"Kalau dia rasa dia pemimpin yang berjiwa besar, dia tidak boleh keluarkan kenyataan sedemikian," ujarnya lagi.
Minggu lalu, istana Kelantan dilaporkan menarik balik darjah kebesaran yang dikurniakan ke atas mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir.
Penarikan balik pingat kebesaran Darjah Kebesaran itu dinyatakan pihak istana melalui sepucuk surat bertarikh 6 Februari lalu dan dihantar ke rumah Dr Mahathir di Seri Kembangan.
Difahamkan, pingat yang ditarik balik itu ialah Darjah Kerabat (DK) Al-Yunusi Kelantan yang dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu Tuanku Ismail Petra dalam satu istiadat di Istana Balai Besar, Kota Bharu, pada 2002.
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V juga dilaporkan menarik balik darjah kebesaran negeri Kelantan membawa gelaran ‘Datuk' yang dikurniakan kepada Husam dan Wan Abd Rahim.
Kedua-duanya menerima surat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Faudzi Che Mamat petang kelmarin yang memaklumkan Sultan Muhammad V menarik balik tauliah pelantikan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) (Al-Ismaili II).
Demikianlah Artikel Mahfuz mungkin tertekan rakan pemimpin ditarik balik gelaran - PAS
Sekianlah artikel Mahfuz mungkin tertekan rakan pemimpin ditarik balik gelaran - PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mahfuz mungkin tertekan rakan pemimpin ditarik balik gelaran - PAS dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/02/mahfuz-mungkin-tertekan-rakan-pemimpin.html