Penyokong tidak perlu kecil hati Pas dipanggil PIGS

Penyokong tidak perlu kecil hati Pas dipanggil PIGS - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penyokong tidak perlu kecil hati Pas dipanggil PIGS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penyokong tidak perlu kecil hati Pas dipanggil PIGS
link : Penyokong tidak perlu kecil hati Pas dipanggil PIGS

Baca juga


Penyokong tidak perlu kecil hati Pas dipanggil PIGS



Penyokong tidak perlu kecil hati Pas dipanggil PIGS



Penyokong Pas dinasihatkan tidak harus berkecil hati apabila gabungan Pas dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yang membentuk Gagasan Sejahtera digelar sebagai PIGS.

Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH, Ustaz Zolkharnain Abidin, gabungan diketuai Pas yang ditubuhkan pada 16 Mac 2016 itu sememangnya wujud.

“Jadi, orang Pas tak perlulah kecil hati sangat apabila disebut PIGS untuk merujuk kepada Pas – Ikatan – Gagasan Sejahtera. Lagipun gabungan PIGS memang wujud pun.

“Kalau kalimat itu bermaksud babi-babi sekali pun, binatang itu juga makhluk Tuhan. Ia cuma haram dimakan, tapi tak haram disebut dan dipegang,” dipetik daripada status Facebooknya hari ini.

Beliau berpendapat akronim PIGS cenderung akan digunakan di enjin carian Google pada masa akan datang untuk mendapat maklumat sudut pandang kedua tentang gabungan politik tersebut.

Untuk rekod, selain Ikatan, PIGS turut dianggotai parti kecil lain seperti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

Mengulas lanjut, beliau berkata, rata-rata pemimpin Pas diikuti pengikutnya juga tidak menggunakan panggilan AMANAH sebaik parti berteraskan Rahmatan Lil Alamin itu ditubuhkan pada 16 September 2015.

Malahan, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga, ujarnya, tidak pernah memanggil nama AMANAH sebaliknya menyebut PAN sehingga diterjemahkan ulama dunia itu sebagai kuali.

“Pada awalnya saya terasa juga, tapi lama kelamaan saya sudah mangli. Bagi saya, objek yang dinamakan (substance) patut menjadi fokus berbanding nama (format).

“Bahkan kadang-kadang, dengan kawan-kawan yang kurang ikuti perkembangan politik, apabila dia tanya saya masuk parti mana, selamba saja saya sebut, PAN. Dia cepat kenal berbanding sebut AMANAH.

“Oh, parti Mat Sabu tu ka? Dia tanya. Macam mana perkembangan PAN la ni? Biasanya begitulah perbualan berlangsung tanpa saya rasa terganggu sangat dengan panggilan itu,” kata Timbalan Pengerusi AMANAH Perlis itu.

Sehubungan itu, beliau menjangkakan pengkaji politik pada masa akan datang juga akan menaip kata PAN di enjin carian untuk mendapatkan maklumat berkaitan AMANAH memandangkan akronim itu banyak digunakan di media sekarang.

Semalam, penganalis politik pro Pas, Dr Kamarul Zaman Yusoff dalam artikelnya di portal rasmi Pas, Harakahdaily berpendapat memanggil Pas dengan gelaran PIGS bukan satu tindakan yang baik.

Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) itu menganggap panggilan itu boleh meningkatkan lagi suhu politik malah boleh mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kalangan rakyat.

Tambahnya lagi, panggilan PIGS juga tidak wajar digunakan oleh pemimpin tinggi.



Demikianlah Artikel Penyokong tidak perlu kecil hati Pas dipanggil PIGS

Sekianlah artikel Penyokong tidak perlu kecil hati Pas dipanggil PIGS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penyokong tidak perlu kecil hati Pas dipanggil PIGS dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/02/penyokong-tidak-perlu-kecil-hati-pas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :