Judul : Tiga persatuan hotel tanda tangan akujanji tiada polisi larang bertudung
link : Tiga persatuan hotel tanda tangan akujanji tiada polisi larang bertudung
Tiga persatuan hotel tanda tangan akujanji tiada polisi larang bertudung
ANTARAPOSPUTRAJAYA: Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Malaysian Association of Hotel Owners (MAHO) dan Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MYBHA) hari ini menandatangani persefahaman berbentuk aku janji bagi menetapkan tiada sebarang polisi yang melarang pekerja wanita daripada mengenakan tudung.
Aku janji berkenaan membabitkan kira-kira lebih 3,000 hotel di seluruh negara yang bernaung di bawa tiga persatuan hotel terbabit.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib berkata, pemantauan berterusan akan tetap dijalankan terhadap sektor perhotelan bagi memastikan pematuhan aku janji berkenaan.
“Melalui aku janji ini, diharapkan hotel yang terlibat akan mematuhi kepada segala yang telah dipersetujui dan isu larangan bertudung ini tidak akan timbul.
“Ini kerana kerajaan tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang isu yang melibatkan diskriminasi kepada pekerja,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani aku janji berkenaan oleh tiga persatuan hotel terbabit di sini hari.
Wakil-wakil persatuan itu adalah Presiden MAH, Cheah Swee Hee; Pengarah Eksekutif MAHO, Shaharuddin M. Said dan Ahli Majlis MYBHA, Mohamed Zamri Mohamed Rashid.
Demikianlah Artikel Tiga persatuan hotel tanda tangan akujanji tiada polisi larang bertudung
Sekianlah artikel Tiga persatuan hotel tanda tangan akujanji tiada polisi larang bertudung kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tiga persatuan hotel tanda tangan akujanji tiada polisi larang bertudung dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/02/tiga-persatuan-hotel-tanda-tangan.html