Judul : KLVC: Felda diarah bertindak terhadap pihak cuai
link : KLVC: Felda diarah bertindak terhadap pihak cuai
KLVC: Felda diarah bertindak terhadap pihak cuai
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Felda diarah mengambil tindakan tatatertib dan tindakan undang-undang terhadap mereka yang cuai dalam menjaga kepentingan agensi kerajaan itu dan sayap pelaburannya, Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB).
Menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM), laporan audit forensik yang dijalankan terhadap projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) menunjukkan terdapatnya ketidakpatuhan prosedur perolehan dan kecuaian dalam menjaga kepentingan Felda.
"Felda diarahkan mengambil tindakan tatatertib dan/atau undang-undang ke atas mereka yang dinamakan dalam laporan audit itu, yang didapati cuai dalam menjalankan tugas, salah nyata dan tidak menjaga kepentingan Felda dan FICSB," menurut kenyataan JPM hari ini.
KLVC adalah projek yang sedang dibangunkan Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) di kawasan tanah milik Felda.
Menurut kenyataan itu pasukan firma audit yang dilantik melakukan audit forensik terhadap projek berkenaan telah menyerahkan laporan akhir kepada JPM pada 2 Februari lepas.
JPM pula membentangkan laporan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, selaku menteri bertanggungjawab ke atas Felda, pada 5 Februari.
"Perdana menteri bersetuju bahawa satu jawatankuasa perunding ditubuhkan bagi mengkaji semula perjanjian antara FICSB dengan SPSB dan Synergy Promenade Kuala Lumpur Vertical City Sdn Bhd (SPKLVCSB)," menurut kenyataan itu.
Jawatankuasa perunding itu dianggotai Datuk Dr Yusof Ismail dari Kementerian Kewangan; Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid; Pengarah Besar Felda, Datuk Ab Ghani Mohd Ali; Timbalan Ketua Setiausaha JPM, Datuk Zainal Abidin Abu Hassan; dan Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Datuk Seri Ahmad Husni Hussain.
Menurut JPM, Najib juga bersetuju supaya ditubuhkan satu jawatankuasa 'domestic enquiry' untuk mengambil tindakan ke atas cadangan dan syor yang dibuat dalam laporan audit itu.
Menurut kenyataan itu, kajian audit berkenaan bermula pada 4 Januari 2018 dengan merangkumi keseluruhan proses bermulanya cadangan projek pembangunan KLVC, proses pelaksanaan projek sehingga isu pindah hak milik tanah Felda.
Sebanyak 240 dokumen di pejabat Felda, FICSB, Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur terbabit dalam kajian audit itu. Ia turut melibatkan temu bual dengan semua pegawai terbabit di agensi berkenaan.
Menurut kenyataan itu, JPM sudah meneliti laporan audit itu dan bersetuju serta menerima laporan berkenaan.
"Secara keseluruhannya, laporan audit itu telah memenuhi objektif pengauditan yang ditetapkan dan kerajaan berpuas hati dengan laporan pasukan audit," kata JPM.
Demikianlah Artikel KLVC: Felda diarah bertindak terhadap pihak cuai
Sekianlah artikel KLVC: Felda diarah bertindak terhadap pihak cuai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KLVC: Felda diarah bertindak terhadap pihak cuai dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/02/klvc-felda-diarah-bertindak-terhadap.html