- Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul :
link :

Baca juga


Harits Asyraf
Dakwaan penemuan baharu MH370 bakal terjawab esok?
Misi kali kedua ini pula yang membabitkan 65 kru dari pelbagai negara termasuk dua anggota TLDM sebagai wakil kerajaan Malaysia sendiri. - Foto www.swireseabed.com
 
 
KUALA LUMPUR: Segala konspirasi dan dakwaan di media sosial mengenai kapal pencarian 'Seabed Constructor' 'yang didakwa 'hilang' dari radar selama tiga hari di Lautan Hindi diredakan dengan kehadiran Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman di Perth, Australia.

Kapal pencarian itu dilaporkan tidak dapat dikesan oleh radar selama tiga hari sejak 1 Februari selepas memulakan misi pencarian 22 Januari.

Situasi itu menimbulkan pelbagai andaian dan spekulasi dalam kalangan pemerhati sejak kehilangan pesawat milik syarikat MAS itu hilang sejak tahun 2014.

Seandainya Seabed Constructor membuat sebarang penemuan, pemerhati ('conspirators') mendakwa kapal itu perlu berada dalam keadaan 'pegun' bagi membolehkan pencarian lebih terperinci boleh dilakukan.


Ketika dihubungi oleh Astro AWANI, Azharuddin berkata buat masa ini masih belum ada sebarang petunjuk positif.

Beliau mengesahkan "Seabed Constructor" itu kini berlabuh di pelabuhan berdekatan Henderson di Perth untuk "menambah bekalan (resupply)".

Foto Astro AWANI
Peta pencarian MH370 oleh kapal pencarian, "Seabed Instructor" milik Ocean Infinity. - Gambar Astro AWANI


Azharuddin yang juga Ketua Pasukan Bertindak MH370 berkata beliau bakal berjumpa pengendali operasi Ocean Infinity (OI) serta dua anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) yang turut sama dalam operasi tersebut.

"Belum lagi (ada sebarang perkembangan). Saya di sini (Perth) untuk melawat kapal tersebut. Esok saya pergi lawatan.

"Hanya lawatan sementara kapal itu berlabuh di pelabuhan untuk resupply (tambah bekalan).

"Ia hanya lawatan dan berjumpa dengan pegawai kita (TLDM) yang ada di atas kapal itu, dua orang selain untuk berbincang dengan pegawai-pegawai Ocean Infinity (OI).

"Setakat ini tiada lagi (petunjuk positif), tapi esok mungkin akan update (kemas kini)," katanya.

Sebelum ini, misi pencarian diterajui Australia sudah meliputi kawasan perairan seluas 120,000 kilometer persegi di pesisir barat benua itu selama 28 bulan.

Namun, pencarian dihentikan pada Januari tahun lalu.

Misi kali kedua ini pula yang membabitkan 65 kru dari pelbagai negara termasuk dua anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) sebagai wakil kerajaan Malaysia sendiri.

Portal berita abc.au.net hari ini melaporkan kapal pencarian, 'Seabed Instructor' berlabuh di sebuah pelabuhan di Perth



Demikianlah Artikel

Sekianlah artikel kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/02/harits-asyraf-misi-kali-kedua-ini-pula.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :