Judul : Jual tanah Ijok: Azmin perlu jawab soalan bukan dabik dada - Irmohizam
link : Jual tanah Ijok: Azmin perlu jawab soalan bukan dabik dada - Irmohizam
Jual tanah Ijok: Azmin perlu jawab soalan bukan dabik dada - Irmohizam
ANTARAPOSSHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohd Azmin Ali tidak menjawab persoalan yang ditimbulkan Umno Selangor dan juga peneroka berhubung penjualan tanah di mukim Ijok.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata Azmin lebih memilih untuk mendabik dada kononnya beliau sudah menyelesaikan isu pampasan peneroka yang dakwanya gagal ditangani bertahun-tahun lamanya.
Irmohizam sebelum ini lantang mengkritik Azmin sebagai melaksanakan penyelesaian secara tidak telus selepas tergesa-gesa memulangkan tanah 880 hektar kepada dua syarikat pemaju meskipun kes itu masih dalam perbicaraan di Mahkamah Persekutuan.
Dua syarikat itu - LBCN Development Sdn Bhd dan Mujur Zaman Sdn Bhd - kemudiannya bertindak menjual tanah itu kepada pihak ketika dengan harga RM1.18 bilion.
Hasil penjualan itu kemudiannya digunakan untuk membayar pampasan kepada 980 peneroka dengan jumlah RM421.4 juta.
"Apa yang menjadi tanda tanya, mana perginya baki wang RM758.6 juta selepas Mohamed Azmin mengumumkan pembayaran pampasan kepada semua 980 peneroka.
"Mereka dibayar pampasan tunai RM180,000 dan sebuah rumah bernilai RM250,000 setiap seorang.
"Apakah status 404 hektar tanah berbaki yang sepatutnya dimiliki pihak peneroka," katanya.
Bukan sahaja Irmohizam, beberapa pemimpin Umno Selangor yang lain turut mempertikaikan cara Azmin menyelesaikan isu itu termasuk mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Khalid bertegas dua pemaju itu berlaku curang kepada peneroka dan atas sebab itulah kerajaan negeri ketika di bawah pimpinannya merampas tanah tersebut.
Dua pemaju itu kemudiannya memfailkan saman namun keputusan di dua mahkamah - Mahkamah Tinggi Shah Alam dan Mahkamah Rayuan - berpihak kepada kerajaan negeri.
Pemaju kemudiannya membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan dan ketika keadaan memihak kepada kerajaan negeri, Azmin bertindak memulangkan kembali tanah tersebut kepada pemaju sebelum dijual kepada pihak ketiga.
Justeru, Khalid pada 15 Februari lalu menggesa agar siasatan dijalankan bagi menyiasat kemungkinan wujud penyalahgunaan kuasa atau sebagainya dalam kes itu.
Mengulas lanjut, Irmohizam berkata, Azmin tidak perlu mengalih isu, sebaliknya menjawab persoalan yang dikemukakan rakyat.
"Tindakan tergesa-gesa yang dianggap selesai oleh Mohamed Azmin dengan menyerahkan kembali (tanah itu) kepada dua syarikat sehingga menimbulkan kontroversi itu perlu diperjelaskan kepada rakyat.
"Kita tidak pernah membela mana-mata pihak tetapi kita harus menuntut penjelasan sewajarnya daripada pihak Kerajaan Selangor terhadap apa yang sudah dibangkitkan," katanya.
Demikianlah Artikel Jual tanah Ijok: Azmin perlu jawab soalan bukan dabik dada - Irmohizam
Sekianlah artikel Jual tanah Ijok: Azmin perlu jawab soalan bukan dabik dada - Irmohizam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jual tanah Ijok: Azmin perlu jawab soalan bukan dabik dada - Irmohizam dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/03/jual-tanah-ijok-azmin-perlu-jawab.html