Judul : KPKT akan perkenal skim sewa beli rumah PPR
link : KPKT akan perkenal skim sewa beli rumah PPR
KPKT akan perkenal skim sewa beli rumah PPR
ANTARAPOSSUNGAI PETANI: Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperkenalkan skim sewa beli ke atas rumah transit di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara.
Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, sebelum ini rumah transit PPR dibina bagi membolehkan orang ramai menyewa rumah tersebut dengan kadar sewa yang rendah sebelum dipindahkan ke perumahan kekal.
Menurutnya, kemudahan tersebut diperkenalkan bagi memberi peluang kepada penyewa yang berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.
“Kementerian akan mengkaji semula dasar bagi membolehkan penyewa memiliki rumah transit PPR menerusi skim sewa beli.
“Skim tersebut akan diperluaskan pelaksanaannya ke semua rumah transit PPR di seluruh negara,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan di PPR Harmoni di Paya Nahu di sini hari ini.
Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri, Datuk Badrol Hisham Hashim.
Demikianlah Artikel KPKT akan perkenal skim sewa beli rumah PPR
Sekianlah artikel KPKT akan perkenal skim sewa beli rumah PPR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KPKT akan perkenal skim sewa beli rumah PPR dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/03/kpkt-akan-perkenal-skim-sewa-beli-rumah.html