PH perlu kerja keras jatuhkan PAS jika mahu Husam jadi MB Kelantan

PH perlu kerja keras jatuhkan PAS jika mahu Husam jadi MB Kelantan - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PH perlu kerja keras jatuhkan PAS jika mahu Husam jadi MB Kelantan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PH perlu kerja keras jatuhkan PAS jika mahu Husam jadi MB Kelantan
link : PH perlu kerja keras jatuhkan PAS jika mahu Husam jadi MB Kelantan

Baca juga


PH perlu kerja keras jatuhkan PAS jika mahu Husam jadi MB Kelantan

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) perlu bekerja keras dan memenangi lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sekali gus menumbangkan pentadbiran PAS sejak 28 tahun lepas, sekiranya menginginkan jawatan Menteri Besar Kelantan.
 
ADUN Chempaka, Ahmad Fathan Mahmod berkata demikian mengulas tindakan parti serpihannya Amanah yang juga parti komponen PH, menamakan bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa sebagai calon menteri besar.
 
"Mereka nak namakan calon Menteri besar itu terpulanglah tapi bagaimana belum menang lagi sudah letak nama? 
 
"Sekarang ini mereka nak cadangkan sesiapa terpulanglah cuma dari sudut sekarang ini lebih elok ditunjukkan komitmen dari sudut pencapaian atau sasaran PH untuk pilihan raya ini berapa yang mereka boleh dapat?," katanya kepada Antarapos.
 
Sebelum ini dilaporkan Husam yang ADUN Salor merupakan antara empat calon untuk menjadi Menteri Besar Kelantan jika PH memenangi PRU14.
 
Selain Husam, tiga calon lain adalah Pengerusi PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir; Naib Pengerusi Parti Amanah Kelantan, Datuk Dr Ab Halim Yusof dan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Kota Bharu, Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman.
 
Sumber PH Kelantan berkata, Husam yang dianggap calon paling popular kerana pernah menjadi naib presiden PAS sebelum ini berdepan masalah kerana terpalit kontroversi dengan Istana.
 
Malah Ahmad Fathan memberi bayangan bahawa kemungkinan PH akan mengambil alih pentadbiran negeri Kelantan daripada PAS sukar untuk dicapai selepas gagal menangani masalah dalaman komponennya.
 
"Perkara-perkara ini sedikit sebanyak menjejaskan mereka punya impian sebab bagi saya PPBM masih belum ada rekod pencapaian.
 
"Mereka masih baru (Amanah dan PPBM), jadi tiada rekod pencapaian mereka di mana-mana lagi dan untuk mereka bercakap jawatan Menteri Besar ini belum lagi sesuailah," katanya.
 
Ini kerana jelas beliau, kedudukan semasa PH pada masa ini adalah jelas masih berdepan masalah dalaman parti komponennya selain gabungan itu yang dianggotai dua parti baru tiada kekuatan dan rekod khidmat di negeri tersebut.
 
"Dari sudut calon kita tak pertikai sebab sekarang ini kalau ikut peraturan mana-mana parti yang menang boleh mencadangkan sesiapa yang mereka nak calonkan sebagai Menteri Besar.
 
"Maknanya dari sudut kelayakan, pendidikan, pengalaman dan sebagainya dari sudut parti kita lihat tiada masalah," katanya.
 
 


Demikianlah Artikel PH perlu kerja keras jatuhkan PAS jika mahu Husam jadi MB Kelantan

Sekianlah artikel PH perlu kerja keras jatuhkan PAS jika mahu Husam jadi MB Kelantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PH perlu kerja keras jatuhkan PAS jika mahu Husam jadi MB Kelantan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/03/ph-perlu-kerja-keras-jatuhkan-pas-jika.html

Subscribe to receive free email updates: