Polis belum jumpa suami M Indira Ghandi

Polis belum jumpa suami M Indira Ghandi - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis belum jumpa suami M Indira Ghandi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis belum jumpa suami M Indira Ghandi
link : Polis belum jumpa suami M Indira Ghandi

Baca juga


Polis belum jumpa suami M Indira Ghandi

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Ketua polis negara berkata, belum ada hasil positif dalam usaha menjejaki bekas suami M Indira Gandhi, Muhammad Riduan Abdullah dan anak bongsunya.
 
Tan Sri Mohamad Fuzi Harun bagaimanapun berkata, usaha memburu Riduan dan mengesan Prasana Diksa dibuat secara berterusan, tetapi polis tidak menghebahkan di media massa.
 
“Kita buat hebahan, (tetapi) kita tak buat dalam sebaran media massa.
 
“Yang jadi masalah pada kita, ada pihak kata ada di Johor, ada di Kelantan. Jadi bila ada maklumat, kita buat semakan (dan) tidak ada hasil setakat ini,” katanya selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Persatuan Kebajikan Isteri Polis (Perkep) bersama isteri timbalan perdana menteri, Datin Seri Hamidah Khamis di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
 
Pada 29 Januari lalu, Fuzi dilaporkan berkata, usaha mengesan dan menahan Riduan masih berterusan sejak 2014, berdasarkan waran pengkomitan yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Ipoh pada 30 Mei 2014.
 
Ia susulan kenyataan Indira yang berkata, polis tiada lagi alasan tidak mencari dan menahan bekas suaminya yang didakwa gagal menyerahkan anak perempuan mereka kepadanya.
 
Mahkamah Persekutuan pada 29 Januari lalu mengetepikan penukaran agama sebelah pihak 3 anak Indira kepada Islam, selepas memutuskan sebarang penukaran agama kanak-kanak bukan Islam harus mendapat persetujuan kedua-dua ibu bapa.
 
Keputusan itu mengakhiri pertarungan selama 9 tahun mengenai hak penjagaan antara agama.
 
Riduan yang dahulunya dikenali sebagai K Pathmanathan, memeluk Islam pada 11 Mac 2009 dan meninggalkan rumah 3 minggu kemudian bersama anak bongsu mereka, Prasana.
 
Pada 2 April 2009, Riduan menukar agama ketiga-tiga anaknya kepada Islam tanpa persetujuan dan pengetahuan Indira. Dia ke Mahkamah Syariah beberapa hari kemudian untuk memperoleh hak penjagaan ke atas 3 anaknya.
 
Kini, anak sulung Indira, Tevi Darsiny berusia 21 tahun dan anak lelakinya, Karan Dinish yang berusia 20 tahun, cukup dewasa untuk menentukan agama sendiri. Bagaimanapun, Prasana yang kini berusia 10 tahun, masih hilang.
 
Pada 2016, Mahkamah Persekutuan mengarahkan ketua polis negara menangkap Riduan kerana mengingkari perintah Mahkamah Tinggi menyerahkan anak perempuan bongsunya kepada bekas isterinya.
 
Pada 2010, Mahkamah Tinggi Ipoh memberi Indira hak penjagaan sepenuhnya terhadap 3 anaknya dan memerintahkan Riduan menyerahkan Prasana kepada ibunya.
 
Dalam perkembangan lain, Fuzi berkata, pihaknya tiada butiran berkaitan audio rakaman didakwa mirip suara seorang pemimpin PAS yang mempunyai hubungan dengan Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat.
 
“Tak ada, kita pun tak tahu. Kita tak dapat maklumat apa-apa hal itu, saya tak dapat maklumat, saya tak dapat komen isu CIA,” katanya.
 
 


Demikianlah Artikel Polis belum jumpa suami M Indira Ghandi

Sekianlah artikel Polis belum jumpa suami M Indira Ghandi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis belum jumpa suami M Indira Ghandi dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/03/polis-belum-jumpa-suami-m-indira-ghandi.html

Subscribe to receive free email updates: