3 anak pemimpin besar Pas jadi calon Pakatan Harapan

3 anak pemimpin besar Pas jadi calon Pakatan Harapan - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 3 anak pemimpin besar Pas jadi calon Pakatan Harapan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 3 anak pemimpin besar Pas jadi calon Pakatan Harapan
link : 3 anak pemimpin besar Pas jadi calon Pakatan Harapan

Baca juga


3 anak pemimpin besar Pas jadi calon Pakatan Harapan



Faiz, Mujahid dan Nik Omar, anak tiga pemimpin besar Pas kini menjadi calon PH dalam PRU 14.


Hari penamaan calon bagi PRU14 hari ini menyaksikan tiga orang anak bekas pimpinan utama Pas menjadi calon Pakatan Harapan (PH).

Ustaz Nik Omar bin Nik Abdul Aziz, anak lelaki sulung Almarhum Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Aziz Nik Mat, bekas Mursyidul Am Pas, menjadi calon PH di DUN Cempaka, dalam Parlimen Pengkalan Chepa.

Sementara Datuk Dr Mujahid bin Hj Yusuf, anak Almarhum Ustaz Haji Yusuf Rawa, Presiden PAS yang kelima (1982 – 1989) menjadi calon di Parlimen Parit Buntar.

Faiz Fadzil anak kelima Almarhum Datuk Ustaz Fadzil Mohd Noor, Presiden Pas yang keenam (1989 – 2002) menjadi calon DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang.

Ketiga-tiga mereka adalah anak yang mendapat didikan langsung daripada bapa mereka dan membesar dengan merasai perit jerih perjuangan PAS.

Namun, setelah Pas menukar haluan dengan dilihat semakin mesra BN dan Umno, tidak lagi bersama Pakatan pembangkang untuk menukar kerajaan yang

dianggap ramai sebagai korup dan menekan rakyat serta, ketiga-tiga anak pimpinan besar Pas ini meninggalkan Pas.

Mereka menyertai Parti Amanah Negara, yang dianggap parti masa depan rakyat Malaysia dan kini bertanding atas tiket Pakatan Harapan.

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu ketika berucap selepas beliau disahkan sebagai calon parlimen Kota Raja hari ini berkata, penyertaan mereka bertiga amat memberangsangkan untuk Amanah dan PH.

“Tiga anak tiga pemimpin besar Pas sebelum ini menjadi calon Amanah dalam pilihan raya kali ini.

“Oleh itu, tidak ada sebab untuk orang Melayu takut untuk memberikan kepercayaan kepada PH dalam pilihan raya ini kerana anak ulama besar Pas kini bersama Amanah,” kata Mohamad di khemah PH selepas penamaan calon di Dewan MBSA Kemuning Utama, Klang hari ini.



Demikianlah Artikel 3 anak pemimpin besar Pas jadi calon Pakatan Harapan

Sekianlah artikel 3 anak pemimpin besar Pas jadi calon Pakatan Harapan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 3 anak pemimpin besar Pas jadi calon Pakatan Harapan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/3-anak-pemimpin-besar-pas-jadi-calon.html

Subscribe to receive free email updates: