Judul : Bersatu tukar 7 calonnya sebelum hari penamaan calon
link : Bersatu tukar 7 calonnya sebelum hari penamaan calon
Bersatu tukar 7 calonnya sebelum hari penamaan calon
DALIA ISMAILHanya tidak sampai 24 jam tibanya hari penamaan calon yang akan diadakan (Sabtu) Parti Pribumi Bersatu Malaysia Negeri Selangor (Bersatu) dipercayai menukar 7 calon parti itu bagi 1 kerusi Parlimen dan 6 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang telah diumumkan secara rasmi pada Isnin.
Sumber dalaman parti di Selangor, memberitahu Malaysia Dateline, beberapa nama terpaksa ditukar di saat akhir berikutan dipercayai berlaku senarai calon yang menerima watikah dari PKR untuk mengunakan simbol parti itu pada pilihan raya, tidak sama sebagaimana nama-nama yang disenaraikan oleh pimpinan Bersatu Selangor sebelum ini.
Selain itu turut dipercayai, pertukaran itu dilakukan kerana ditawarkan oleh pimpinan Majlis Presiden untuk bertanding di kerusi yang dikatakan akan meraih kemenangan besar bagi kerusi Pakatan Harapan di Selangor.
Usaha untuk mendapatkan punca sebenar yang dikatakan tujuh calon Bersatu ditukar pada saat akhir daripada Setiausaha Majlis Presiden Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah dan Pengerusi Bersatu Negeri Selangor Datuk Abdul Rashid Asari gagal dihubungi sehingga petang ini.
Dalam pada itu sumber turut memaklumkan dua kerusi Dun dan satu kerusi Parlimen sudah dipastikan calonnya.
Bagi kerusi Parlimen Sungai Besar sebelum ini diumumkan Ketua Pemuda Bahagian Sungai Besar Mohd Ashyraf Basri ditukar dengan calon Muslimin Yahya.
Bagi dua kerusi negeri yang turut ditukar ialah Dun Kuang yang diumumkan adalah Naib Ketua Bahagian Selayang Mejar (B) Datuk Abdul Wahid Bidin. Calon terkini bagi kerusi Kuang adalah Ketua Penerangan Bersatu Negeri Selangor Sallehuddin Amiruddin.
Bagi kerusi Dun Jeram diumumkan yang sepatutnya akan ditandingi Ketua Bahagian Kuala Selangor Mohd Najib Itam Othman diserahkan kepada Shid Rosli selaku Bendahari Bersatu Selangor.
Manakala empat kerusi lagi tidak diketahui oleh sumber akan nama-nama calon penganti bagi mewakili kerusi Bersatu di Selangor.
Ini difahamkan Abdul Rashid tidak lagi mendedahkannya secara rasmi kepada ahli Bersatu di negeri itu.
“Kita pun cuba berhubung dengan beliau (Abdul Rashid) tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas.
“Kami juga dapat tahu ada pertemuan antara Pengerusi dengan Timbalan Presiden (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) hari ini di pejabat PPBM,” ujar sumber tersebut yang merujuk kepada Abdul Rashid yang juga Naib Presiden Bersatu.
Pembahagian kerusi Bersatu di Selangor adalah 3 Parlimen 9 Dun. Jika dakwaan ini benar menunjukkan Bersatu telah merombak hampir ke semua senarai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri parti itu dalam waktu singkat sebelum hari penamaan calon.
“Itulah… yang baru tahu namanya tersenarai memikirkan wang deposit dan segala borang yang perlu diisi dalam waktu singkat, Kita harapkan pengerusi (Abdul Rashid) sudah lebih awal memikirkannya (wang deposit calon bertanding) sekiraya hal begini berlaku,” ujar sumber lagi.
Demikianlah Artikel Bersatu tukar 7 calonnya sebelum hari penamaan calon
Sekianlah artikel Bersatu tukar 7 calonnya sebelum hari penamaan calon kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bersatu tukar 7 calonnya sebelum hari penamaan calon dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/bersatu-tukar-7-calonnya-sebelum-hari.html