Azmin serah wang tunai, komputer riba, iPad lebih RM2 juta

Azmin serah wang tunai, komputer riba, iPad lebih RM2 juta - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azmin serah wang tunai, komputer riba, iPad lebih RM2 juta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azmin serah wang tunai, komputer riba, iPad lebih RM2 juta
link : Azmin serah wang tunai, komputer riba, iPad lebih RM2 juta

Baca juga


Azmin serah wang tunai, komputer riba, iPad lebih RM2 juta

MALAYSIAKINI

   

Menteri besar sementara Selangor Datuk Seri Azmin Ali menyerahkan wang tunai, komputer riba dan iPad kepada pengundi di Bukit Antarabangsa dan Gombak hari ini.

Azmin menghadiri empat acara penyerahan bantuan yang dijadualkan pagi ini dan Malaysiakini menghadiri dua daripadanya.

Dalam dua majlis di Ukay Perdana dan Kampung Kerdas, jumlah bantuan yang diedarkan berjumlah lebih RM2.24 juta.

Bagi golongan muda, Azmin memberikan lebih RM44,000 sebagai bantuan kepada pelajar, serta 14 komputer riba.

Menteri besar sementara itu juga memberikan enam komputer riba kepada ketua kampung sebagai sebahagian daripada inisiatif Peduli Rakyat oleh kerajaan negeri.

Bagaimanapun, sebahagian besar bantuan adalah untuk program masyarakat dan kemudahan awam, dengan dana tunai bernilai antara RM5,000 hingga RM75,000 disumbangkan.

RM75,000 diminta oleh persatuan penduduk Spring Ville 2 bagi kemudahan awam.

Selain itu, Azmin turut memberikan bantuan tunai antara RM500 hingga RM1,000 bagi menampung kos sara hidup golongan miskin serta bantuan tunai untuk menampung perbelanjaan perubatan.

Dalam ucapannya di Ukay Perdana, Azmin menafikan pemberian itu dilakukan kerana pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei.

Sebaliknya, beliau berkata bantuan yang disampaikan itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab kerajaan sementara sebagai pentadbiran yang peduli rakyat.

"Kita bukan bagi (bantuan) hari ini (sahaja) kerana 9 hari bulan tiap-tiap minggu kita bagi. Sebab itu pengerusi (persatuan penduduk) tahu tiap-tiap minggu saya ada di sini pun minta lagi.

"Tak apalah, bukan masuk poket dia, duit untuk rakyat. Hari ini kita nak bagi pada masjid, kita nak bagi pada surau, kita nak bagi pada NGO, kita nak bagi pada belia, kita nak bagi pada pelajar-pelajar, kita nak bagi orang sakit, kita nak bagi warga emas, inilah compassionate state," katanya.

Orang ramai yang hadir menjawab dengan sorakan "amin" dan bertepuk tangan.

"Amin amin amin, undi jangan lupa," balas Azmin sambil ketawa.

Beliau menambah semakin banyak bantuan diberikan, semakin banyak rezeki yang akan diberikan Allah.

Sebelum ini pembangkang sering mengkritik kerajaan kerana menyampaikan bantuan kepada pengundi sebelum pilihan raya, dengan sesetengahnya menyamakannya sebagai rasuah.




Demikianlah Artikel Azmin serah wang tunai, komputer riba, iPad lebih RM2 juta

Sekianlah artikel Azmin serah wang tunai, komputer riba, iPad lebih RM2 juta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Azmin serah wang tunai, komputer riba, iPad lebih RM2 juta dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/azmin-serah-wang-tunai-komputer-riba.html

Subscribe to receive free email updates: