Di Muar, Syed Saddiq pecah mitos Gen Y 'tak matang'

Di Muar, Syed Saddiq pecah mitos Gen Y 'tak matang' - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Di Muar, Syed Saddiq pecah mitos Gen Y 'tak matang', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Di Muar, Syed Saddiq pecah mitos Gen Y 'tak matang'
link : Di Muar, Syed Saddiq pecah mitos Gen Y 'tak matang'

Baca juga


Di Muar, Syed Saddiq pecah mitos Gen Y 'tak matang'

MALAYSIAKINI

   
PRU14 | Sejak ketua Pemuda BERSATU, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melibatkan diri dalam politik, dia terpaksa berhadapan dengan sikap pihak lawan yang 'ambil mudah' terhadapnya hanya kerana usianya.

Pada usia hanya 26 tahun, Syed Saddiq akan diletakkan di Muar sebagai calon Pakatan Harapan menentang penyandang dari Umno Datuk Razali Ibrahim - menjadikannya calon paling muda pada pilihan raya umum ke-14.

Kerusi itu diserahkan kepada BERSATU oleh PKR, yang pada pilihan raya umum lalu juga meletakkan calon termuda, Hizwan Ahmad, yang berusia 30 pada masa itu.

Hizwan kalah kepada Razali dengan majoriti 1,646 undi. Majoriti Razali itu merosot berbanding dengan tiga pilihan raya umum terakhir, dari 13,415 pada 2004 kepada 4,661 undi pada tahun 2008.

Kali ini, HARAPAN, pengganti Pakatan Rakyat, sekali lagi meletakkan calon yang lebih muda di Muar, tetapi persoalan ialah sama ada Syed Saddiq akan diambil serius, timbul sekali lagi.

Namun ia bukan satu isu yang hanya didepani Syed Saddiq, tetapi ramai rakan 'Gen Y' sebayanya.

Isu kematangan juga telah digunakan oleh ahli Parlimen untuk menolak menurunkan usia pengundian dari 21 hingga 18 tahun.

Tetapi sama ada pihak establishment politik menyukainya atau tidak, semakin ramai pengundi Gen Y yang akan mengundi, ramai daripadanya untuk pertama kali dalam PRU14.

Bagi ramai pengundi muda, Syed Saddiq bukan seorang ahli politik lama yang menentukan arus politik, harus sentiasa serius dan menganggap mereka dianggap 'tidak matang'.

Pada satu ceramah di Muar baru-baru ini, graduan berusia 22 tahun, Nur Fazila Zaidi (foto) hadir untuk melihat Syed Saddiq berucap.



Sambil tersenyum, dia mengakui Syed Saddiq "kacak," tetapi itu tidak bermakna dia tidak faham tentang isu-isu yang Syed Saddiq bangkitkan.

Bersetuju dengan ucapannya, Nur Fazila mengeluh tentang keadaan tadbir urus di negara ini.

"Perkara yang dikatakannya (Syed Saddiq) adalah benar, kita perlu bersatu untuk mengubah cara negara ditadbir, atau ia akan akan menjadi lebih teruk," katanya.

Nurul Maizatul Akmar, 32, melihat adik-beradiknya dalam diri Syed Saddiq.

Ini kerana ada yang mungkin menganggap bahawa generasi muda itu suka ambil mudah, tetapi banyak yang dibelenggu dengan hutang sebaik sahaja mereka keluar dari universiti.

Kenyataan Syed Saddiq bahawa para belia tidak perlu menderita jika mereka tidak mampu untuk membayar pinjaman PTPTN, dipersetujui Nurul Maizatul (foto).



Menurutnya, negara sepatutnya mampu menyediakan pendidikan tinggi percuma, dan menganggap apa yang diperjuang oleh Syed Saddiq itu adalah baik untuk generasi akan datang."

Beliau menambah dengan latar belakang pendidikan dan kemahiran berpidato, Syed Saddiq boleh menarik perhatian pengundi muda.

"Ini termasuk saya. Pada mulanya, saya tidak menyokong pembangkang kerana saya dari keluarga BN.

"Apabila kita melihat apa yang sedang berlaku di negara ini dan tertanya-tanya mengenai (nasib) adik-beradik kita, saya dapat melihat dia mampu mengubah keadaan," katanya.

Walaupun lawannya tidak ambil serius Syed Saddiq kerana umurnya, pengundi yang lebih tua di ceramah itu bersedia mendengarnya.

"(Usianya) bukan masalah, malah saya pun boleh bertanding," kata peniaga berusia 42 tahun Amrina Kamis (foto) sambil ketawa.



Beliau menambah bahawa keyakinan Syed Saddiq menjadikannya seorang calon yang berkemampuan.

Adiknya Amira turut bersetuju, sambil menambah bahawa apa yang penting adalah kemampuannya, bukan usianya.

Bagi Syed Saddiq sendiri, dia mahu dihakimi kerana usahanya untuk menjadi suara belia di negara ini.

"Apa yang penting adalah komitmen saya untuk mengembalikan kegemilangan negara kita," katanya kepada Malaysiakini.

LIHAT VIDEO DI SINI



Demikianlah Artikel Di Muar, Syed Saddiq pecah mitos Gen Y 'tak matang'

Sekianlah artikel Di Muar, Syed Saddiq pecah mitos Gen Y 'tak matang' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Di Muar, Syed Saddiq pecah mitos Gen Y 'tak matang' dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/di-muar-syed-saddiq-pecah-mitos-gen-y.html

Subscribe to receive free email updates: