Berita palsu TMJ belanja orang: Seribu banjiri Econsave Pontian

Berita palsu TMJ belanja orang: Seribu banjiri Econsave Pontian - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Berita palsu TMJ belanja orang: Seribu banjiri Econsave Pontian, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Berita palsu TMJ belanja orang: Seribu banjiri Econsave Pontian
link : Berita palsu TMJ belanja orang: Seribu banjiri Econsave Pontian

Baca juga


Berita palsu TMJ belanja orang: Seribu banjiri Econsave Pontian

MALAYSIAKINI

 

Orang ramai hari ini dilaporkan menyerbu Pasaraya Econsave di Pontian susulan tersebar gambar dan pesanan suara kononnya Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan datang dan membayar harga barangan yang dibeli pengunjung di situ hari ini.

Utusan Malaysia melaporkan lebih 1,000 pengunjung berpusu-pusu membanjiri pasar raya itu sejak dibuka pagi tadi dan memenuhkan troli masing-masing sebelum beratur panjang di kaunter.

Akhbar itu juga memetik Pengurus Operasi Pasaraya Econsave, Mas Imran Adam sebagai berkata, dakwaan Tunku Ismail akan belanja orang ramai di pasar raya berkenaan adalah berita palsu.

“Ini berita palsu dan tidak benar. Gambar dan pesanan suara yang ditularkan kononnya Tunku Ismail akan belaja orang ramai di Pasaraya Econsave Pontian adalah tidak benar sama sekali.

“Pihak kami sudah membuat lima hingga enam kali pengumuman mengenai perkara ini di pasar raya tersebut namun orang ramai masih tidak mempercayainya,” katanya.

Tunku Ismail, semalam membuat kejutan di Pusat beli-belah AEON Mall Tebrau City Johor Bahru apabila tiba-tiba muncul dan membelanja pengunjung di situ.
 
Baginda dilaporkan membelanja orang ramai RM3,000 sekepala, melibatkan jumlah sehingga RM1 juta.

Mas Imran juga dipetik oleh akhbar itu sebagai berkata, ketika ini orang ramai masih tidak bersurai walaupun sudah beberapa kali pengumuman memaklumkan bahawa kedatangan Tunku Ismail itu adalah berita palsu.

Menurutnya, pihak polis juga sudah dipanggil untuk meredakan keadaan tetapi orang ramai di situ seperti masih berharap kedatangan Tunku Mahkota Johor itu bukan berita palsu.





Demikianlah Artikel Berita palsu TMJ belanja orang: Seribu banjiri Econsave Pontian

Sekianlah artikel Berita palsu TMJ belanja orang: Seribu banjiri Econsave Pontian kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Berita palsu TMJ belanja orang: Seribu banjiri Econsave Pontian dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/berita-palsu-tmj-belanja-orang-seribu.html

Subscribe to receive free email updates: