Judul : Mohd Amar bukan main-main tawar BR1M RM2,500
link : Mohd Amar bukan main-main tawar BR1M RM2,500
Mohd Amar bukan main-main tawar BR1M RM2,500
MALAYSIAKINIPRU14 | Biarlah apa pun yang dikatakan orang, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah tetap tekal dengan ideanya mahu menawarkan bantuan bernilai RM2,500 melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) - dengan syarat beliau benar-benar menjadi perdana menteri.
Malah kata naib presiden PAS itu jumlah bantuan BR1M yang diumumkan kerajaan - sejak dua tiga tahun kebelakangan ini - akan meningkat selepas beliau bercakap mengenainya.
"Memang saya check (semak), yang terbaru selepas saya berucap, dua tiga minggu lepas dan BN umum perkara itu.
"Ketika itu BR1M (bernilai) RM1,200. Saya kata kalau (PAS) menang memerintah Malaysia kita bagi RM2,000.
"Selepas dua minggu dia (BN) sebut dalam manifesto BR1M dinaikan RM2,000," katanya kepada media di Kota Bharu, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sejauh mana keseriusan tawaran itu dibuat ketika ia diumumkan pada satu ceramah PAS beberapa hari lalu.
Malaysiakini melaporkan Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar sementara Kelantan membuat tawaran itu dalam usaha menawan hati pengundi.
Tawaran itu dibuat ketika beliau berceramah di program Himpunan Bangkit Pertahan Kelantan PRU14 di Salor, Kota Bharu, 10 April lalu.
Sebelum ini BN menawarkan kenaikan wang BR1M dengan tambahan RM800 berbanding jumlah asal iaitu RM1,200 dalam manifestonya jika kekal memerintah Malaysia selepas PRU ke-14.
Untuk rekod, sejak diperkenalkan pada 2012, agihan BR1M bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah berjumlah RM500 sebelum ditingkatkan kepada RM1,050 pada 2016, RM1,200 (2017) dan RM1,200 (2018).
Mohd Amar berkata, BR1M bernilai RM2,500 itu boleh dibuat dan kerajaan Kelantan sendiri memberi bantuan kepada rakyat melalui inisiatif program Ladang Rakyat dan bantuan kepada penarik beca di Kota Bharu.
"Sekarang ini kita bayar melalui Ladang Rakyat RM2,400 setahun, lebih tinggi daripada nilai BR1M sekarang.
"Penarik beca di seluruh Kota Bharu dapat RM1,200 setahun," katanya yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Panchor.
Demikianlah Artikel Mohd Amar bukan main-main tawar BR1M RM2,500
Sekianlah artikel Mohd Amar bukan main-main tawar BR1M RM2,500 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mohd Amar bukan main-main tawar BR1M RM2,500 dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/mohd-amar-bukan-main-main-tawar-br1m.html