Judul : Otai Reformis kini bersama Dr Mahathir
link : Otai Reformis kini bersama Dr Mahathir
Otai Reformis kini bersama Dr Mahathir
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Kepimpinan baru Otai Reformis 1998 hari ini menyatakan sokongan mereka terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pengerusi barunya, Khairul Anuar Othman berkata sokongan terhadap Dr Mahathir diberikan kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menerima penyertaan bekas perdana menteri itu bersama gabungan pembangkang.
“Sebenarnya otai reformis menyokong kemasukan Tun Mahathir dalam PH sebab otai bersama pimpinan dalam PH yang mana saudara (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) sendiri sokong Dr Mahathir dalam PH.
“Jadi atas dasar Anwar sebagai mentor otai reformis yang memulakan reformasi maka atas dasar itu kami menyokong Dr Mahathir dalam PH,” katanya dalam sidang media.
Sebelum ini gerakan itu menolak penyertaan Dr Mahathir ke dalam PH sehingga bekas pengerusinya Saari Sungib dan setiausahanya Abdul Razak Ismail meninggalkan badan itu kerana tidak bersetuju dengan penyertaan Dr Mahathir bersama Pakatan Harapan (PH).
Kekosongan jawatan pengerusi Otai reformis kemudiannya diisi oleh Khairul manakala Akhi Nosa Iskandar pula dilantik sebagai setiausaha.
Gerakan reformasi ditubuhkan selepas Dr Mahathir memecat timbalannya, Anwar pada September 1998.
Sementara itu Khairul berkata, Otai reformis dalam usaha mengumpulkan semua ahli di seluruh negara untuk terus bergerak ke hadapan.
“Kami kini ambil inisiatif otai dapat digabungkan kembali. Otai berhubung sesama sendiri tak ada masalah. Tapi apa yang perlu suatu urusan yang baik kamu nak himpunkan kembali supaya ada pengurusan dan pimpinan,” katanya dipetik Malaysiakini.
Demikianlah Artikel Otai Reformis kini bersama Dr Mahathir
Sekianlah artikel Otai Reformis kini bersama Dr Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Otai Reformis kini bersama Dr Mahathir dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/otai-reformis-kini-bersama-dr-mahathir.html