Bos Supermax mohon maaf kepada Najib sokong pembangkang pada PRU13

Bos Supermax mohon maaf kepada Najib sokong pembangkang pada PRU13 - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bos Supermax mohon maaf kepada Najib sokong pembangkang pada PRU13, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bos Supermax mohon maaf kepada Najib sokong pembangkang pada PRU13
link : Bos Supermax mohon maaf kepada Najib sokong pembangkang pada PRU13

Baca juga


Bos Supermax mohon maaf kepada Najib sokong pembangkang pada PRU13

 
Stanley Thai berkata beliau terpengaruh propaganda pembangkang, tetapi kini sedar pentadbiran Najib mempunyai dasar ekonomi yang kukuh.


Gambar Facebook


KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Kumpulan Supermax Corp Bhd Datuk Seri Stanley Thai hari ini menzahirkan rasa kesal kerana terlibat berkempen untuk pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Semasa mengemukakan permohonan maaf secara rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada sidang media di sini, Thai berkata beliau terpengaruh dengan propaganda pembangkang pada pilihan raya umum sebelum ini, dan sedar bahawa adalah salah untuk beliau sebagai seorang ahli perniagaan untuk terlibat dalam politik.

“Sebagai seorang anggota komuniti perniagaan, saya mahu menyaksikan kestabilan politik.

Perniagaan-perniagaan yang beroperasi di Malaysia akan terus maju dan makmur dengan dasar-dasar ekonomi kukuh dilaksanakan kerajaan memerintah yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib.

“Pelabur-pelabur asing akan terus mempunyai keyakinan penuh untuk turut serta dan memacu pertumbuhan ekonomi dan terus meningkatkan lagi pelaburan mereka di Malaysia,” katanya.

Thai turut menyatakan rasa kesal dengan cara kerajaan negeri Selangor menguruskan isu air, kerana ia telah menyebabkan Supermax, satu daripada pengeluar sarung tangan getah terbesar di dunia, kerugian jutaan dollar dan menjejaskan pertumbuhannya.

“Dua projek terbaru kami telah tertangguh selama dua setengah tahun sehingga tiga tahun disebabkan isu bekalan air di Selangor, di mana kebanyakan kilang kami terletak,” katanya dan menurutnya Supermax mempunyai sebanyak 11 kilang di seluruh negara dan lapan daripadanya terletak di Selangor.

Thai berkata beliau percaya tadbir urus dan pengurusan baik merupakan kunci kepada pertumbuhan industri dan bahawa beliau akan terus menyokong penuh dasar-dasar kerajaan.



Demikianlah Artikel Bos Supermax mohon maaf kepada Najib sokong pembangkang pada PRU13

Sekianlah artikel Bos Supermax mohon maaf kepada Najib sokong pembangkang pada PRU13 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bos Supermax mohon maaf kepada Najib sokong pembangkang pada PRU13 dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/bos-supermax-mohon-maaf-kepada-najib.html

Subscribe to receive free email updates: