Judul : Polis: Penganjur demo langgar syarat, akan dipanggil
link : Polis: Penganjur demo langgar syarat, akan dipanggil
Polis: Penganjur demo langgar syarat, akan dipanggil
Polis berkata penganjur gagal mematuhi syarat perhimpunan dan melanggar Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharuddin Abdullah berkata perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran berikutan tidak menepati syarat yang ditetapkan.
“Kami telah memanggil pihak penganjur untuk berbincang mengenai syarat perhimpunan namun mereka gagal mematuhinya. Mereka juga telah melanggar undang-undang di bawah Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya kepada pemberita hari ini.
Shaharuddin berkata polis akan membuka kertas siasatan dan menyerahkannya kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
Katanya 200 anggota dan pegawai polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dikerahkan bagi mengawal perhimpunan yang berlangsung dari 2.00 petang dan berakhir kira-kira 4.00 petang.
Perhimpunan itu turut menjejaskan perniagaan di Kompleks Sogo dan beberapa kedai berhampiran yang terpaksa ditutup sementara bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Menurut juru jual di pusat beli belah itu yang mahu dikenali sebagai Amira, 24, pusat beli belah berkenaan ditutup kerana khuatir berlaku kekecohan susulan perhimpunan itu.
Demikianlah Artikel Polis: Penganjur demo langgar syarat, akan dipanggil
Sekianlah artikel Polis: Penganjur demo langgar syarat, akan dipanggil kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Polis: Penganjur demo langgar syarat, akan dipanggil dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/polis-penganjur-demo-langgar-syarat.html