Bukan senang PAS berdepan Khalid, kata penganalisis

Bukan senang PAS berdepan Khalid, kata penganalisis - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bukan senang PAS berdepan Khalid, kata penganalisis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bukan senang PAS berdepan Khalid, kata penganalisis
link : Bukan senang PAS berdepan Khalid, kata penganalisis

Baca juga


Bukan senang PAS berdepan Khalid, kata penganalisis

 
Khalid merupakan lawan yang bukan calang-calang, kata seorang penganalisis, merujuk majoriti besar dimenanginya pada 2 PRU lalu.




PETALING JAYA: Penganalisis politik meragui kemampuan PAS memenangi kerusi Parlimen Shah Alam dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, walaupun ia menang selesa pada PRU lalu menerusi Khalid Samad yang kini bersama Amanah.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata PAS akan hadapi laluan sukar untuk merampas Shah Alam daripada penyandang 2 penggalnya itu.

Beliau berkata, Shah Alam akan menjadi kayu ukur pengaruh PAS di kawasan bandar dengan majoriti kelas menengah Melayu.

“Tetapi Khalid bukan calang-calang pesaing,” katanya kepada FMT, dan menyebut ketokohan beliaulah yang memungkinkan parti Islam itu menang di kerusi tersebut pada 2008.

“Sebelum ini persaingannya ialah antara Umno dan PAS, dan PAS muncul pemenang sejak 2008,” katanya.

“Tetapi sekarang PAS bukan sahaja perlu berdepan dengan Umno, tetapi juga Khalid.”

Pada 2013, Barisan Nasional menampilkan peguam Datuk Zulkifli Nordin untuk mencabar Khalid, ketika itu mewakili PAS.

Kali ini, PAS mengetengahkan pengarah penyelidikan parti itu Zuhdi Marzuki.

BN belum menetapkan calonnya, tetapi ramai menjangka ketua Umno Shah Alam, Azhari Shaari akan dipilih.

Awang Azman berkata, Umno mungkin telah hilang 30% daripada sokongannya di Shah Alam berikutan perpecahan yang berlaku di sebalik kemunculan PPBM.

Khalid pertama kali bertanding di Shah Alam pada 2004, tetapi kalah di tangan calon BN, Abdul Aziz Shamsuddin.

Pada 2008 beliau mengalahkan Aziz dengan majoriti lebih 9,000 undi yang mewakili lebih 57% undi.

Pada 2013, beliau menewaskan Zulkifli dengan majoriti hampir 11,000 undi.



Demikianlah Artikel Bukan senang PAS berdepan Khalid, kata penganalisis

Sekianlah artikel Bukan senang PAS berdepan Khalid, kata penganalisis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bukan senang PAS berdepan Khalid, kata penganalisis dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/bukan-senang-pas-berdepan-khalid-kata.html

Subscribe to receive free email updates: