Judul : China Press : Hannah Yeoh Bakal Ganti Pandikar Amin Mulia Jadi Speaker Dewan Rakyat
link : China Press : Hannah Yeoh Bakal Ganti Pandikar Amin Mulia Jadi Speaker Dewan Rakyat
China Press : Hannah Yeoh Bakal Ganti Pandikar Amin Mulia Jadi Speaker Dewan Rakyat
Seorang evangelis, Hannah Yeoh bakal bertanding di Parlimen Puchong sebagai persediaan menjadi Speaker Dewan Rakyat bagi menggantikan Tan Sri Pandikar Amin Mulia sekiranya Pakatan DAP berjaya menawan Putrajaya pada PRU 14.
“Seorang sumber berkata Yeoh adalah pilihan terbaik kerana pengalamannya selama lima tahun sebagai speaker Dewan Undangan Negeri Selangor melayakkan beliau menjawat jawatan Speaker Dewan Rakyat sekiranya Pakatan memperolehi kuasa,”kata sumber yang tidak dinamakan kepada akhbar China Press.
Sumber China Press itu dikutip dalam laporan The Sun Daily hari ini yang menunjukkan kesungguhan DAP untuk menawan Johor, benteng UMNO pada PRU 14.
Laporan itu menyebut dalam usaha menawan kubu UMNO itu, Timbalan Presiden DAP, Gobind Singh Deo, yang sebelum ini bertanding menentang Naib Presiden MCA, Datuk Chua Tee Yong di Labis, lebih cenderung untuk bertanding di Parlimen Kulai, kawasan yang pernah dimenangi Teo Nie Ching (evangelis) pada PRU 13.
Evangelis Teo bakal berpindah ke Parlimen Kluang, selepas penyandangnya Liew Chin Tong yang juga Pengerusi DAP Johor berpindah ke Parlimen Ayer Itam untuk berdepan dengan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.
Sebelum ini DAP mengumumkan seorang lagi evangelis Yeo Bee Yin bagi bertanding di Parlimen Bakri, sebagai sebahagian daripada strategi Pakatan DAP menawan Johor pada pilihan raya akan datang.
Yeo sebelum ini merupakan ADUN DAP Damansara Utara, Selangor.
Bagi mengisi kekosongan Parlimen Puchong yang bakal ditinggalkan Gobind, tempatnya bakal diganti sama ada ADUN DAP Subang Jaya Hannah Yeoh atau ADUN Sri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.
Yeo yang juga Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan berkata DAP akan menumbangkan tokoh-tokoh MCA dalam PRU 14 bagi menjayakan misi menawan Putrajaya.
“Kami menjalankan enam kempen. Pertama mengalahkan (Presiden MCA) Liow Tiong Lai di (Parlimen) Bentong, atau membantu kami mencetak lebih banyak risalah tentang 1MDB (dana pelaburan 1Malaysia Development Bhd) supaya kami dapat memberikannya kepada orang-orang di kawasan luar bandar.
“Bantu kami untuk mengalahkan (Naib Presiden MCA) Chua Tee Yong di Labis, kalahkan (timbalan presiden MCA) Wee Ka Siong di Ayer Hitam, jatuhkan BN di Cameron Highlands, atau membiayai kempen kami untuk lagu tema,” kata Yeo dalam sidang media Ibu pejabat DAP, Kuala Lumpur.
Demikianlah Artikel China Press : Hannah Yeoh Bakal Ganti Pandikar Amin Mulia Jadi Speaker Dewan Rakyat
Sekianlah artikel China Press : Hannah Yeoh Bakal Ganti Pandikar Amin Mulia Jadi Speaker Dewan Rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel China Press : Hannah Yeoh Bakal Ganti Pandikar Amin Mulia Jadi Speaker Dewan Rakyat dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/china-press-hannah-yeoh-bakal-ganti.html