Najib terima memorandum orang kampung bantah jajaran ECRL

Najib terima memorandum orang kampung bantah jajaran ECRL - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib terima memorandum orang kampung bantah jajaran ECRL, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib terima memorandum orang kampung bantah jajaran ECRL
link : Najib terima memorandum orang kampung bantah jajaran ECRL

Baca juga


Najib terima memorandum orang kampung bantah jajaran ECRL

Zaini bersama Kamaral (kiri) menyerahkan memorandum kepada Najib semasa lawatan perdana menteri ke Kuala Krau hari ini.


PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sempat bertemu dan menerima memorandum daripada penduduk Kampung Tanjung Batu di Temerloh, Pahang yang membantah jajaran Landasan Keretapi Pantai Timur di kampung mereka.

Penduduk memberitahu FMT bahawa Najib hanya sempat bertemu mereka selama 5 minit tetapi mengambil memorandum itu untuk tindakan lanjut.

“Kami sempat jumpa sekejap dengan perdana menteri. Beliau ambil memorandum dan cakap akan teliti isi kandungannya, sebab dia tidak boleh bercakap lama kerana perlu bergegas ke Parlimen,” kata jurucakap jawatankuasa penduduk, Zaini Abd Aziz.

Dewan Rakyat sedang membahaskan Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar 2018 yang akan diputuskan hari ini juga.
Zaini, bersama-sama Ketua Kampung Kamaral Ariffin Aliasak dan 48 penduduk kampung, berjaya menyerahkan sendiri memorandum itu ke tangan perdana menteri di satu program di Kuala Krau, Temerloh.

Memorandum itu mendesak jajaran ECRL yang merentasi kampung mereka diubah semula ke jajaran asal bagi melindungi rumah-rumah penduduk, kubur persemadian ahli keluarga, dan kolam-kolam ikan mereka.

“Jajaran laluan ECRL yang dicadangkan oleh MRL (Malaysia Rail Link) dan CCC (China Communications Construction Company (M) Sdn. Bhd.) ini akan melibatkan pengambilan balik tanah di kampung kami di mana terletak 29 buah rumah dan 120 sangkar ikan kepunyaan kami termasuk kawasan kubur saudara-mara kami.

“Jajaran asal tidak melibatkan kawasan perumahan atau kampung yang padat dan hanya melibatkan satu kilang pasir yang dipunyai secara persendirian oleh Cinho Enterprice namun pihak MRL dan CCC tetap ingin meneruskan dengan laluan baru untuk melalui kampung kami. Isu-isu yang ditimbulkan bagi laluan asal semuanya telah dibidas dari awal dan diakui oleh mereka,” kata memorandum itu.

Menurut Zaini, penduduk tidak dapat menerima alasan bagi mengubah jajaran asal kerana merasakan kontraktor boleh mencari laluan lain yang tidak melalui kawasan penduduk.

“Walaupun dijanjikan pampasan, ia tidak akan mengimbangi kesusahan dan kehilangan ekonomi serta keselesaan kehidupan harian kami,” katanya.

Jawatankuasa penduduk mendakwa CCC masih menjalankan kerja-kerja pengorekan tanah walaupun MRL mengarahkan syarikat China itu untuk tidak memasuki tanah orang kampung.

“Pihak CCC telah nampak dari awal walaupun telah diarahkan untuk berhenti memasuki tanah kami buat sementara waktu sejak November 2017 oleh MRL, terus-menerus menjalankan kerja-kerja pengorekan tanah tanpa menghiraukan arahan rasmi MRL.

“Kedegilan pihak CCC menerima arahan MRL menunjukkan ada kebarangkalian besar sekiranya laluan dibenarkan dibina melalui tanah kami, ianya boleh menjadikan keadaan lebih rumit di kampung ini.

“Kerja-kerja pembinaan yang tidak terurus boleh menyebabkan kemalangan, ketidakselesaan dan terdedahnya penduduk kampung ini kepada pencemaran bunyi dan pencemaran alam,” katanya.

Menurut Zaini lagi, perbincangan dengan pihak terlibat, termasuk dengan Jabatan Tanah dan Ukur, menemui jalan buntu.

Beliau menambah perdana menteri nampaknya maklum isu-isu berbangkit kerana ia melibatkan geran mukim yang banyak penama.

“Kita harap perdana menteri dapat terima bantahan kami,” katanya.

Pembinaan ECRL sepanjang 688km akan menghubungkan negeri-negeri Pantai Timur dengan fasa pertama melibatkan laluan landasan kereta api elektrik melalui Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor dengan jajaran sepanjang 531.6km dan jajaran sisihan sepanjang 68.7km.



Demikianlah Artikel Najib terima memorandum orang kampung bantah jajaran ECRL

Sekianlah artikel Najib terima memorandum orang kampung bantah jajaran ECRL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib terima memorandum orang kampung bantah jajaran ECRL dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/najib-terima-memorandum-orang-kampung.html

Subscribe to receive free email updates: