Pakatan Harapan guna logo PKR tanding PRU14?

Pakatan Harapan guna logo PKR tanding PRU14? - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pakatan Harapan guna logo PKR tanding PRU14?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pakatan Harapan guna logo PKR tanding PRU14?
link : Pakatan Harapan guna logo PKR tanding PRU14?

Baca juga


Pakatan Harapan guna logo PKR tanding PRU14?

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) akan menggunakan logo PKR sebagai lambang rasmi gagasan pembangkang itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang. 
 
Sumber PKR memaklumkan kepada Antarapos, konsensus penggunaan logo PKR dicapai atas dasar realiti politik iaitu, PKR antara parti 'senior' dalam gagasan pembangkang itu. 
 
"Alhamdulillah, keputusan dibuat untuk menggunakan satu lambang daripada PH. Ahli dari PH, komponen.
 
"Nampaknya, lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR) diterima untuk dijadikan simbol, 'common logo'. Jadi kita bagi, berdepan sahajalah, lagi pun parti kita (PKR) antara yang senior. Saya rasa amat wajarlah menggunakan logo tersebut kerana kita telah ada dalam medan agak (lama) 20 tahun," katanya kepada Antarapos. 
 
PH sebelum ini mengumumkan pendirian akan bertanding di bawah satu logo pada PRU14 ini.
 
Namun pada 27 Februari lalu, Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, pembangkang akan menggunakan lambang salah sebuah parti komponen ekoran Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) sehingga kini tidak meluluskan pendaftaran gagasan itu.
 
Dr Mahathir juga memaklumkan, logo rasmi tersebut akan diumumkan esok. 
 
RoS memaklumkan pada 23 Mac lalu, pendaftaran PH gagal diproses ekoran berpunca daripada PPBM yang masih belum menjawab dan menyerahkan semua maklumat dan dokumen yang diminta mengikut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1966.
 
Walau bagaimanapun, PPBM telah menghantar dokumen berkenaan pada Khamis minggu lalu.
 
Sumber yang juga pimpinan tertinggi parti reformasi itu menjelaskan, logo PKR digunakan sebagai logo tunggal PH diyakini memandangkan parti itu sudah dikenali sebahagian besar masyarakat. 
 
Malah katanya, ia hanyalah satu simbol tunggal bagi bagi membolehkan PH bertanding dibawah satu 'tiket'.
 
"Maknanya ianya lebih dikenali oleh masyarakat. Jadi saya rasa tidak susah payah, saya rasa orang kampung dan bandar pun tahu. Lagipun kita dah perintah negeri-negeri. Ini kali kelima kita masuk, jadi tidak ada masalah. 
 
"Semua orang okay, tidak ada masalah. Cumanya mereka masih lagi datang sebagai parti komponen. Cuma logo, lambang sahaja untuk tidak menjadi kekeliruan di peringkat bawah. Akhirnya mereka masih lagi datang bentuk kumpulan-kumpulan tertentu, orang Bersatu masih Bersatu, Amanah masih lagi Amanah dan Keadilan tetap Keadilan," ujarnya.   
 
Justeru katanya, ia bukanlah keputusan yang 'pelik' ekoran pernah diperlihat ketika Pilihan Raya Umum tahun 1999 suatu ketika dahulu. 
 
"Ia bukan sesuatu yang pelik, pada tahun 1999 wakil kita di Terengganu menggunakan lambang PAS. Ingat? Jadi sepatutnya tidak ada masalah," jelasnya. 
 
Terdahulu, Naib Presiden PH Salahuddin Ayub berkata, PH memutuskan untuk tidak menggunakan logo PPBM dan DAP selepas dua parti itu dibelit masalah dengan RoS.
 
 


Demikianlah Artikel Pakatan Harapan guna logo PKR tanding PRU14?

Sekianlah artikel Pakatan Harapan guna logo PKR tanding PRU14? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pakatan Harapan guna logo PKR tanding PRU14? dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/pakatan-harapan-guna-logo-pkr-tanding.html

Subscribe to receive free email updates: