Judul : Kes Aminulrasyid: Ganti rugi kekal wajar
link : Kes Aminulrasyid: Ganti rugi kekal wajar
Kes Aminulrasyid: Ganti rugi kekal wajar
Oleh Umi Faten Nadia
SHAH ALAM: Keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan ganti rugi sebanyak RM114,800 kepada keluarga Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati lapan tahun, adalah wajar walaupun tidak setimpal dengan apa yang dilalui mereka.
Menurut Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nazim Johan, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira faktor-faktor yang tidak dapat dikawal oleh mahkamah sehingga terpaksa menolak rayuan tersebut.
"Mungkin ada fakta yang mungkin tidak kita ketahui tapi saya rasa kalau nak diikutkan memanglah tidak cukup. Jadi, mungkin perlu ada mekanisme lain yang harus difikirkan oleh pembuat undang-undang untuk melihat perkara ini berdasarkan keadaan semasa.
"Jadi mungkin kita perlu melihat ada formula yang melihat kembali jadual gantirugi ataupun menilai keadaan tertentu berdasarkan faktor luaran sama," katanya kepada Antarapos.
Pada 29 Mac lalu, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan kerajaan dan polis untuk mengurangkan jumlah ganti rugi yang diperoleh keluarga terbabit atas alasan peruntukan undang-undang berhubung perkara itu adalah jelas dan tidak perlu diperhalusi lagi.
Nazim juga menasihatkan netizen supaya tidak melatah terhadap keputusan ini yang mendakwa ia 'berat sebelah' kerana mahkamah telah mengambil kira semua aspek melibatkan kedua-dua belah pihak.
"Kalau nak diikutkan, mungkin mahkamah membuat keputusan berdasarkan fakta-fakta yang ditawarkan kepada mereka yang mengikut perkiraan berdasarkan kes-kes lepas ini.
"Tapi kalau itulah keputusan akhirnya maka kita di pihak masyarakat merasakan tidak sepatutnya begitu. Maknanya kita minta masyarakat menilai balik dan kena ada mekanisme untuk mengatasi kes-kes seperti ini supaya ada satu kaedah penilaian terhadap rujukan semakan kehakiman yang perlu dilakukan," ujarnya.
Aminulrasyid terkena tembakan dilepaskan polis semasa mengejar kereta yang dipandu laju remaja itu pada kira-kira 2 pagi, 26 April 2010.
Pada Mac 2016, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan ganti rugi RM414,800 diberikan kepada ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohammad dan kakak sulungnya, Nor Azura atas kematian remaja itu selepas membenarkan sebahagian rayuan Koperal Jenain Subi dan lima lagi.
Pada 2 Jun 2017, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa tiada justifikasi (kewajaran) untuk polis melepaskan tembakan ke arah Aminulrasyid pada 2010.
Mahkamah Rayuan bagaimanapun mengurangkan jumlah ganti rugi diberikan kepada keluarga Aminulrasyid kepada RM114,800.
Demikianlah Artikel Kes Aminulrasyid: Ganti rugi kekal wajar
Sekianlah artikel Kes Aminulrasyid: Ganti rugi kekal wajar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kes Aminulrasyid: Ganti rugi kekal wajar dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/kes-aminulrasyid-ganti-rugi-kekal-wajar.html