Judul : Ambil alih Splash: Azmin takut harga tawarannya terlampau tinggi
link : Ambil alih Splash: Azmin takut harga tawarannya terlampau tinggi
Ambil alih Splash: Azmin takut harga tawarannya terlampau tinggi
Oleh Zeanaaima Mohd Yusof
SHAH ALAM: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bimbang harga yang beliau tawarkan untuk mengambil alih Splash terlampau tinggi justeru hingga kini Menteri Besar Selangor itu tidak berani mengumumkan mengenai perkara itu.
ADUN Permatang, Datuk Sulaiman Razak berkata strategi Azmin kini adalah menuding jari kepada kerajaan Persekutuan kononnnya penyebab mengapa Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor itu gagal diambil alih sehingga kini.
"Dia (Azmin) takut harga yang ditawarkan itu terlampau tinggi. Jadi mungkin akan jadi perdebatan. Mungkin kerajaan Persekutuan sudah ada harga yang sesuai.
"Katalah kerajaan Persekutuan mendedahkan harga yang dinilai Badan Penilai Bebas Antarabangsa hanya RM1 bilion. Tapi dia letak harga RM2 bilion. Macamana dia nak jelaskan perkara itu?
"Ini yang jadi masalah pada dia. Dia takut penilaian dia terlampau tinggi dan akan jadi makan diri pada dia. Sebab itu dia mahu tahu harga kerajaan Persekutuan supaya dia boleh ikut harga itu," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Azmin ketika menggulung perbahasan titah ucapan Sultan Selangor dalam sidang DUN 28 Mac lepas, sekali lagi menyalahkan kerajaan Persekutuan berikutan belum mengemukakan laporan penilaian bebas berhubung nilai Splash.
Ujar Azmin, kerajaan negeri sudahpun mengemukakan harga tawarannya untuk ambil alih Splash untuk pertimbangan lanjut pada 30 Jun 2016.
Mengulas perkara itu, Sulaiman berkata Azmin berbohong dan cuba mengelirukan rakyat.
"Sebab itu saya tanya dalam DUN, berapa nilai sebenar yang ditawarkan kerajaan negeri kepada Splash? Dia jawab apa? Masih dalam peringkat rundingan. Rundingan apa? Maknanya dia belum serah lagi sebut harga pada kerajaan Persekutuan.
"Sebab itu Menteri Kettha, Datuk Seri Maximus Ongkili dalam Parlimen cakap kerajaan negeri Selangor belum serah lagi (sebut harga). Nampak tak bohongnya Azmin ini? Dia temberang lagi," katanya.
Sulaiman kemudiannya membidas Azmin yang terus menuntut agar kerajaan Persekutuan mendedahkan harga Splash yang sudah dinilai badan bebas.
"Yang nak membelinya adalah kerajaan negeri. Yang nak menjualnya Splash. Jadi mereka berdua rundinglah. Bila dah dapat harga, serahlah kepada kerajaan Persekutuan. Tapi sampai hari ini, mereka belum serahkan berapa jumlah sebenar.
"Dia (kerajaan negeri) kena buat penilaian sendiri. Dia sudah buat penilaian dia tapi dia belum hantar (sebut harganya) pada kerajaan Persekutuan. Bagaimana kerajaan Persekutuan nak disalahkan dalam hal ini oleh kerajaan negeri," katanya.
Sulaiman kemudiannya memberi analogi kepada kemelut berkenaan.
"Saya nak beli tanah daripada awak, saya nak pinjam duit daripada bank. Bila saya nak pinjam duit bank, bank ke yang akan tentukan berapa (RM tanah itu)? Bukan ke awak yang jual tanah, awak yang tentukan berapa RM?
"Katalah saya setuju, saya buat pinjaman bank. Bank akan menilai sama ada harga yang saya beli itu munasabah ataupun tidak," katanya.
Justeru Sulaiman bertegas, Azmin perlu mengumumkan harga tawarannya untuk ambil alih Splash tanpa menunggu kerajaan Persekutuan.
Beliau kemudiannya mengingatkan Azmin, kerajaan Persekutuan tidak perlu mendedahkan harga Splash yang dinilai badan bebas lantikannya berikutan tiada kepentingan langsung.
Malah katanya, jika isu ambil alih itu dilengah-lengahkan terlalu lama, kerajaan Persekutuan boleh menggunakan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) dimana Splash boleh diambil alih secara paksa mengikut harga 'patut bayar' sahaja.
Splash satu-satunya syarikat konsesi air yang masih belum diambil alih hingga kini. Tiga lagi syarikat konsesi berjaya diambil alih ketika pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim.
Terdahulu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan kerajaan negeri memuktamadkan proses penstrukturan semula industri perkhidmatan air bersama Kerajaan Persekutuan.
Titah baginda, kerjasama kedua-dua peringkat pentadbiran itu penting bagi menjamin kepentingan negeri dan rakyat Selangor.
Demikianlah Artikel Ambil alih Splash: Azmin takut harga tawarannya terlampau tinggi
Sekianlah artikel Ambil alih Splash: Azmin takut harga tawarannya terlampau tinggi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ambil alih Splash: Azmin takut harga tawarannya terlampau tinggi dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/ambil-alih-splash-azmin-takut-harga.html