Judul : Zahid: Kartel punca harga naik, bukan GST
link : Zahid: Kartel punca harga naik, bukan GST
Zahid: Kartel punca harga naik, bukan GST
BAGAN DATUK: Kenaikan harga barang bukan berpunca daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebaliknya berpunca daripada tindakan orang tengah atau “kartel” memanipulasi harga bagi memperoleh keuntungan berlebihan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Majlis Tindakan Sara Hidup Negara yang bersidang dan dipengerusinya 2 kali baru-baru ini mendapati tindakan golongan tersebut memanipulasi harga barang, menyebabkan rakyat terbeban dengan kenaikan kos sara hidup semakin meningkat.
“Memang benar ada kenaikan kos pengeluaran, kenaikan disebabkan pengimportan, kenaikan disebabkan berlakunya pertukaran wang asing kerana ketika itu wang kita agak rendah berbanding nilai mata wang AS, tetapi sekarang ini nilai mata wang kita meningkat. Tapi kenapa harga barangan tidak turun ?
“Ertinya kartel mainkan peranan (sebagai) orang tengah mengambil margin banyak. Saya tak mahu bermusuh dengan mereka tetapi saya mewakili rakyat minta kartel atau orang tengah jangan salahkan kerajaan dan jangan jadikan rakyat mangsa dan meracuni fikiran mereka untuk membenci kerajaan,” katanya.
Beliau yang juga ahli Parlimen Bagan Datuk berkata demikian ketika berucap merasmikan pembukaan kedai serbaneka ProMart Bagan Datuk dan melancar program kos sara hidup di Hutan Melintang.
Demikianlah Artikel Zahid: Kartel punca harga naik, bukan GST
Sekianlah artikel Zahid: Kartel punca harga naik, bukan GST kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Zahid: Kartel punca harga naik, bukan GST dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/zahid-kartel-punca-harga-naik-bukan-gst.html