Daim janji kongsi ilmu bantu kerajaan HARAPAN

Daim janji kongsi ilmu bantu kerajaan HARAPAN - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Daim janji kongsi ilmu bantu kerajaan HARAPAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Daim janji kongsi ilmu bantu kerajaan HARAPAN
link : Daim janji kongsi ilmu bantu kerajaan HARAPAN

Baca juga


Daim janji kongsi ilmu bantu kerajaan HARAPAN

A Kadir Jasin
 
   
ULASAN | Minta maaf. Itulah tema tampalan ringkas saya kali ini.

Saya mohon maaf kerana sangat lama tidak menyiarkan rencana baru. Malah membaca dan menyiarkan komen para pembahas pun saya lambat.

Saya rasa ramai pembahas dan pembaca telah meneka sebabnya.

Dalam pilihan raya umum (PRU) kali ini, saya terlibat terus. Satu sejarah bagi diri saya kerana inilah kali pertama sejak lama dulu saya terlibat secara langsung.

Bagi yang belum maklum, saya terlibat dengan dua cara. Pertama, saya ialah anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Seperti umum sudah maklum, ketua pengarah Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS), Surayati Ibrahim, telah membubarkan (sementara) BERSATU selama 30 hari mulai 5 April lalu.

Macam diatur, sebaik saja ROS membubarkan BERSATU, Perdana Menteri caretaker atau pendekar Bugis Datuk Seri Najib Razak pun mengumumkan pembubaran parlimen.

Saya tidak tahu apa lagi pendekar Bugis akan buat bagi menggagalkan usaha kita menyelamat dan membina semula Malaysia.

Cuma kita kena ingat, dia bagi amaran: “Jangan cari pasal dengan pendekar Bugis.”

Dulu dia kata dia pahlawan Bugis, "layar dikembang, sauh dilabuh". Sekarang dia kata dia pendekar. Nampak macam turun pangkatlah.



Kedua, saya keluar bekerja bagi pihak Pakatan Harapan (HARAPAN). Dalam seminggu dua ini saya telah beberapa kali ke Pahang, Perak, Kedah dan Melaka membantu bakal calon HARAPAN dan jentera pilihan raya mereka.

Semalam saya mengiringi bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, melawat Langkawi bagi melihat dan memberi semangat kepada jentera pilihan raya HARAPAN di pulau pelancongan itu.

Seperti kita tahu, Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad akan bertanding kerusi parlimen Langkawi di bawah lambang PKR.




Berbalik kepada Daim, mungkin ada yang sudah lupa bahawa dia pernah menjadi menteri kewangan dua kali di bawah Dr Mahathir dan pengerusi pertama Lembaga Kemajuan Langkawi (LADA).

Daim berjanji akan menyumbangkan ilmu dan pengalaman bagi membantu kerajaan HARAPAN selepas PRU ini, insya-Allah.

Saya tengok ada juga pembahas kita macam pompuan yang terlibat berkempen bagi pihak BN.
Dalam bahasa Inggeris, saya kata: good luck.

Akhir kalam, saya ucap banyak-banyak terima kasih kepada semua lapisan masyarakat yang menunjukkan kerakanan dan muhibah kepada saya dalam pertemuan dengan mereka.

Marilah sama-sama kita tumbangkan kerajaan kleptokrasi Umno/BN dan Bina Semula Negara. Insya-Allah.


DATUK A KADIR JASIN bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press (M) Bhd. Beliau kini bergiat dalam BERSATU sebagai pimpinan pusat parti itu.



Demikianlah Artikel Daim janji kongsi ilmu bantu kerajaan HARAPAN

Sekianlah artikel Daim janji kongsi ilmu bantu kerajaan HARAPAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Daim janji kongsi ilmu bantu kerajaan HARAPAN dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/daim-janji-kongsi-ilmu-bantu-kerajaan.html

Subscribe to receive free email updates: