Judul : Ku Nan: Tak sampai 40% calon BN digugurkan
link : Ku Nan: Tak sampai 40% calon BN digugurkan
Ku Nan: Tak sampai 40% calon BN digugurkan
Kow Gah Chie
Tidak sampai 40 peratus calon BN untuk pilihan raya umum 9 Mei nanti akan ditukar, kata setiausaha agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
BN juga, kata Tengku Adnan, mempunyai mekanisme untuk mengesan sabotaj yang mungkin berlaku di setiap kawasan.
“Saya ada nazir. Tiap-tiap kawasan kita ada nazir. Macam apa berlaku di tiap-tiap kawasan kita tahu.
“Kita di ibu pejabat kita ada sistem yang kita tahu siapa yang melaksanakan kerja-kerja, yang sabotaj dan sebagainya. Kita akan ambil tindakan,” katanya.
Tengku Adnan berkata demikian dalam sidang media selepas mengumumkan 13 calon BN di Wilayah Persekutuan.
Beliau juga menolak laporan akhbar Singapura Straits Times bahawa Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak mengetepikan rancangan awal untuk menukar 40 peratus pengundi.
Tengku Adnan berkata BN hanya menukar calon-calon yang tidak menunjukkan prestasi.
Beliau juga berkata tidak sampai 40 peratus calon ditukar, walaupun tidak dapat mengesahkan jumlah sebenar.
Demikianlah Artikel Ku Nan: Tak sampai 40% calon BN digugurkan
Sekianlah artikel Ku Nan: Tak sampai 40% calon BN digugurkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ku Nan: Tak sampai 40% calon BN digugurkan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/ku-nan-tak-sampai-40-calon-bn-digugurkan.html