Dr M: Beberapa tokoh BN mungkin sertai PH

Dr M: Beberapa tokoh BN mungkin sertai PH - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dr M: Beberapa tokoh BN mungkin sertai PH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dr M: Beberapa tokoh BN mungkin sertai PH
link : Dr M: Beberapa tokoh BN mungkin sertai PH

Baca juga


Dr M: Beberapa tokoh BN mungkin sertai PH

 
Pengerusi PH itu berkata, beberapa pemimpin BN tidak berpuas hati kerana tidak dicalonkan pada PRU14.





PETALING JAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beberapa tokoh terkenal Barisan Nasional (BN) menyuarakan hasrat untuk menyertai gabungan 4 parti pembangkang itu.

“Saya tidak boleh memberi nama mereka atau mereka mungkin dakwa saya di mahkamah. Tak ramai tetapi beberapa pemimpin BN sudah dekati kami.

“Mereka tunjukkan minat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Taklimat Calon PH di Auditorium MBPJ, hari ini.

Beliau berkata, ia susulan rasa tidak puas hati pemimpin BN yang tidak dicalonkan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“BN hadapi masalah besar, banyak pemimpin yang tidak dicalonkan semula. Mereka tidak gembira dengan perkara itu, saya dengar ada pemberontakan dan sabotaj,” dakwanya.

Bekas perdana menteri itu menjawab pertanyaan mengenai krisis dalaman dihadapi PKR apabila ada penyandang yang tidak dicalonkan semula.

“Isu tidak puas hati memang berlaku pada PH dan BN, kita akui dalam pilihan raya umum ini kita perlu pilih calon, tetapi mereka yang tidak terpilih sudah tentu kecewa.

“Kita akan bertemu dan adakan perbincangan dengan mereka untuk terangkan pilihan raya ini bukannya soal siapa menjadi calon, tetapi fokusnya menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak.

“Untuk berbuat demikian, kita perlu dapatkan undi tertinggi, majoriti besar. Sesiapa yang kecewa perlu simpan perasaan mereka dan terus bekerja untuk parti,” katanya.

Sementara itu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan kewujudan 2 puak yang diketuai Timbalan Presidennya, Datuk Seri Azmin Ali dan Naib Presiden, Rafizi Ramli dalam parti itu.

“Memang BN akan buat persepsi untuk memecahbelahkan kita. Hanya ada 1 kem dalam PKR, iaitu kem saya,” katanya ringkas.



Demikianlah Artikel Dr M: Beberapa tokoh BN mungkin sertai PH

Sekianlah artikel Dr M: Beberapa tokoh BN mungkin sertai PH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dr M: Beberapa tokoh BN mungkin sertai PH dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/dr-m-beberapa-tokoh-bn-mungkin-sertai-ph.html

Subscribe to receive free email updates: