Yaakob Safari, Gan Pei Nie Geng Kartel Digugurkan Di Selangor

Yaakob Safari, Gan Pei Nie Geng Kartel Digugurkan Di Selangor - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Yaakob Safari, Gan Pei Nie Geng Kartel Digugurkan Di Selangor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Yaakob Safari, Gan Pei Nie Geng Kartel Digugurkan Di Selangor
link : Yaakob Safari, Gan Pei Nie Geng Kartel Digugurkan Di Selangor

Baca juga


Yaakob Safari, Gan Pei Nie Geng Kartel Digugurkan Di Selangor

 
 



 Pergolakan merebut calon antara geng Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan geng Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Azmin Ali semakin serius apabila nama geng Kartel (yang merujuk kepada geng Azmin) digugurkan.

Dua penyandang geng Kartel Yaakob Sapari dan Gan Pei Nie tidak dicalonkan semula untuk mempertahankan DUN Kota Anggerik dan Rawang.

Dr Shaharuddin Badarudin dicalonkan bagi menggantikan Yaakob di DUN Kota Anggerik dan Chua Wei Kiat menggantikan Gan Pei Nie di DUN Rawang.

Seorang lagi geng Kartel, Haniza Talha yang sepatutnya mempertahankan kemenangannya di DUN Taman Medan dipindahkan bertanding di DUN Lembah Jaya.

Penyandang Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan (nama baharu : Petaling Jaya), Hee Loy Sian dipindahkan bertanding di DUN Kajang, kawasan yang sebelum ini ditandingi Wan Azizah sendiri.

Perpindahan itu bagi membuka ruang Maria Chin Abdullah bertanding di Parlimen Petaling Jaya.

Abdullah Sani dan Dr Xavier Jayakumar antara pendokong utama geng Kartel dipindahkan kawasan bertanding.

Sebelum ini, Abdullah Sani adalah penyandang Parlimen Kuala Langat dipindahkan bertanding di Parlimen Kapar.

Penyandang Ahli Parlimen Kapar, Manivanan Gowin digugurkan bertanding pada PRU 14.

Dr Xavier yang sebelum ini penyandang DUN Sri Andalas (nama baharu : Sungai Kandis) dipindahkan bertanding ke Parlimen Kuala Langat.

DUN Sungai Kandis ditandingi Shuhaimi Shafiee, Setiausaha Politik Azmin.

Semalam, Gng Kartel yang diwakili Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin telah berjumpa dengan Wan Azizah di kediaman rasminya, Bukit Segambut.

Turut hadir mengiringi Zuraida adalah calon-calon geng Kartel yang tidak berpuas hati, Gan Pei Nie, Haniza Talha, dan Hee Loy Sian.

Azmin sendiri tidak muncul kerana dilaporkan berpuas hati dicalonkan semula di Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa.

Nama Dr Idris Ahmad dikekalkan semula bertanding di DUN Ijok, walaupun pada peringkat awal namanya digugur untuk diganti dengan nama geng Kartel Sivamalar Genapathy.

Bagaimanapun nama Sivamalar Genapathy dicalonkan bertanding di DUN Bukit Melawati.

Nik Nazmi Nik Ahmad dipindahkan bertanding di Parlimen Setiawangsa dan DUN lamanya, Seri Setia diisi dengan muka baharu, Najwan Halimi.

Seorang lagi penyokong kuat Azmin, Mohd Razlan Jalaluddin, yang penyelaras untuk Kota Damansara, juga ditolak sebagai calon.

Shatiri Mansor telah dipilih bertanding di DUN Kota Damansara.

Bilangan calon PKR yang bertanding di peringkat DUN bertambah satu kerusi lagi menjadi 22 calon daripada 56 kerusi DUN.

PARLIMEN

1.Hulu Selangor: Leow Hsiad Hui
2. Selayang: William Leong
3. Gombak: Azmin Ali
3. Ampang: Zuraidah Kamaruddin
4. Subang: Wong Chen
5. Petaling Jaya: Maria Chin Abdullah
6. Sungai Buloh: Sivarasa Rasiah
7. Kapar: Abdullah Sani
8. Kuala Langat: Xavier Jayakumar
9. Pandan : Wan Azizah Wan Ismail

DUN:

1. Sungai Panjang: Mohd Fauzi Ahmad
2. Permatang: Rozana Zainal Abidin
3. Bukit Melawati: Sivamalar Ganapathy
4. Ijok: Idris Ahmad
5. Rawang: Chua Wei Kiat
6. Sungai Tua: Amiruddin Shaari
7. Gombak Setia: Hilman Idham
8. Bukit Antarabangsa: Azmin Ali
9. Lembah Jaya: Hanisza Talha
10. Kajang: Hee Loy Sian
11. Seri Setia: Najwan Halimi
12. Taman Medan: Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
13. Bukit Lanjan: Elizabeth Wong Keat Peng
14. Kota Damansara: Shatiri Mansor
15 Kota Anggerik: Shaharuddin Badarudin
16. Batu Tiga: Rodziah Ismail
17. Sementa: Daroyah Alwi
18. Pelabuhan Klang: Azmizam Zaman Huri
19. Sentosa: Dr Gunaraj George
20. Sungai Kandis: Shuhaimi Shafiee
21. Tanjong Sepat: Borhan Aman Shah
22. Paya Jaras – Khairuddin Othman


Demikianlah Artikel Yaakob Safari, Gan Pei Nie Geng Kartel Digugurkan Di Selangor

Sekianlah artikel Yaakob Safari, Gan Pei Nie Geng Kartel Digugurkan Di Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Yaakob Safari, Gan Pei Nie Geng Kartel Digugurkan Di Selangor dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/yaakob-safari-gan-pei-nie-geng-kartel.html

Subscribe to receive free email updates: