Had kuasa MSU: Tuduhan Abdul Hadi tak berasas - Amanah [TONTON VIDEO]

Had kuasa MSU: Tuduhan Abdul Hadi tak berasas - Amanah [TONTON VIDEO] - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Had kuasa MSU: Tuduhan Abdul Hadi tak berasas - Amanah [TONTON VIDEO], kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Had kuasa MSU: Tuduhan Abdul Hadi tak berasas - Amanah [TONTON VIDEO]
link : Had kuasa MSU: Tuduhan Abdul Hadi tak berasas - Amanah [TONTON VIDEO]

Baca juga


Had kuasa MSU: Tuduhan Abdul Hadi tak berasas - Amanah [TONTON VIDEO]

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Amanah menafikan dakwaan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengaitkan ahli mereka sebagai dalang dalam usaha meminda perlembagaan parti itu untuk mengehadkan kuasa Majlis Syura Ulama (MSU).
 
Tegas Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir, tuduhan bahawa pemimpin partinya pernah mencadangkan usul berkenaan bagi membolehkan kerjasama dengan DAP terjalin, tidak benar sama sekali.
 
Ini kerana jelasnya, sedangkan MSU yang terdahulu mengambil pendirian memutuskan kerjasama dengan DAP. 
 
"Saya duduk dalam jawatankuasa PAS Pusat pada waktu itu. Tidak pernah timbul cerita ada orang dikalangan siapa pun yang nak meminda peraturan yang berkaitan dengan Majlis Syura Ulama. Itu tidak betul. Saya tidak tahu macam mana, mimpi mana yang mereka dapat. Buat tuduhan rekaan begitu. 
 
"Tidak timbul, tidak ada. Tidak betul! Itu rekaan saja, itu fiksyen. Tidak ada, cerita nak pinda. Apa pula nak pinda Majlis Syura untuk bolehkan PAS kerjasama dengan DAP, tidak betul. Memang PAS selama ini, MSUnya telah putuskan kerjasama dengan DAP. MSU yang telah putuskan itu. 
 
"Tambah pula, direka seolah orang yang nak pinda tu kemudian keluar buat parti. Apa lagi tuduhan yang nak dikenakan kepada kita," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini. 
 
Malah katanya, bekas pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi (LUHAM) PAS yang kini Ahli Jawatankuasa Tertinggi Amanah Hanipa Maidin juga sudah memberi penjelasan berhubung dakwaan dikemukakan Hadi itu. 
 
Anuar mengulas berkenaan Abdul Hadi mendedahkan bekas pemimpin PAS yang kini memimpin Amanah cuba membawa usul meminda perlembagaan parti itu, dengan mengehadkan peranan MSU sebagai badan tertinggi parti kepada badan penasihat.
 
Jelas Ahli Parlimen Marang itu, pihaknya mendapati golongan terbabit cuba melakukan pindaan perlembagaan parti melalui sebuah jawatankuasa yang bernaung di bawah LUHAM PAS. 
 
Menurutnya, cadangan itu cuba dijadikan usul dalam Muktamar 2015 dan mendapat bantahan akar umbi termasuk ditolak dalam mesyuarat Pusat kerana ia bercanggah dengan perlembagaan PAS.
 
Tujuan cubaan meminda perlembagaan parti itu adalah sebagai cubaan memperkukuh kerjasama dengan DAP, katanya. 
 
Sementara itu, menjawab isu berkenaan Hanipa dalam reaksinya semalam menjelaskan, selain menyifatkan dakwaan itu tidak berasas, selain berkata PAS pernah bekerjasama dengan parti lain sebelum ini tanpa perlu meminda perlembagaan parti.
 
Mengulas lanjut, Anuar tanpa menamakan mana-mana individu meminta supaya semua pihak supaya bercakap benar dan jujur terutama dalam isu berkenaan. 
 
"Orang Islam mesti jujur dan berkata benar. Orang Islam bukan sahaja orang alim Islam, orang Islam biasa sekalipun mesti jujur. Rasulullah SAW tidak membenarkan orang beriman berbohong. 
 
"Saya dah 'check' dengan kawan-kawan kalau saya terlepas pandang, tidak ada. Tidak ada sesiapa nak pinda Majlis Syura sepertimana yang dikata," ujarnya. 
 
Amanah ditubuhkan pada 2015 oleh sebahagian bekas pemimpin PAS yang tidak sealiran dengan kepimpinan parti di bawah teraju Hadi. 
 
Parti itu kini bersama DAP, PKR dan PPBM membentuk gabungan pembangkang Pakatan Harapan (PH).
 
 
 


Demikianlah Artikel Had kuasa MSU: Tuduhan Abdul Hadi tak berasas - Amanah [TONTON VIDEO]

Sekianlah artikel Had kuasa MSU: Tuduhan Abdul Hadi tak berasas - Amanah [TONTON VIDEO] kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Had kuasa MSU: Tuduhan Abdul Hadi tak berasas - Amanah [TONTON VIDEO] dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/had-kuasa-msu-tuduhan-abdul-hadi-tak.html

Subscribe to receive free email updates: