Pengundi Cina ugut undi pembangkang, jika MCA tanding di Wangsa Maju

Pengundi Cina ugut undi pembangkang, jika MCA tanding di Wangsa Maju - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengundi Cina ugut undi pembangkang, jika MCA tanding di Wangsa Maju, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengundi Cina ugut undi pembangkang, jika MCA tanding di Wangsa Maju
link : Pengundi Cina ugut undi pembangkang, jika MCA tanding di Wangsa Maju

Baca juga


Pengundi Cina ugut undi pembangkang, jika MCA tanding di Wangsa Maju

 
Sekumpulan pengundi Cina di Wangsa Maju mendesak BN menurunkan Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju, Shafei Abdullah di kerusi Parlimen itu.
 
 
Sekumpulan pengundi kecil memegang poster dan kain rentang membantah MCA yang berhasrat bertanding di Parlimen Wangsa Maju kerana mendakwa parti itu tidak membantu masyarakat setempat.


WANGSA MAJU: Sekumpulan pengundi Cina di Wangsa Maju mengugut akan menyokong pembangkang, jika Barisan Nasional (BN) meletakkan calon MCA di kerusi Parlimen itu.

Mereka mendesak BN menurunkan Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah di kerusi itu.

“Datuk Shafei boleh bantu Cina, semua bangsa dia bantu, saya sendiri jadi saksi. Pengundi di sini kalau ada masalah akan jumpa saya dan bila saya beritahu Shafie, dia terus bantu.

“Bahkan dia terus hubungi saya semula untuk bertanya sama ada masalah sudah selesai atau belum.
Dia akan bantu sepenuh hati. Jika letak calon MCA, kami akan undi pembangkang,” kata Pengerusi Persatuan Perniagaan Wangsa Maju, Jimmy Liu di Bilik Gerakan SRS di Flat Danau Kota, hari ini.

Beliau berkata, Shafei tetap membantu penduduk setempat walaupun beliau tewas pada 2013.

Wakil gabungan NGO masyarakat Cina Wangsa Maju, Low Kong Nam berkata kekalahan Shafei pada 2013 tidak patut dijadikan kayu pengukur.

Low Kong Nam (kiri) dan Jimmy Liu mengugut akan menyokong pembangkang, jika BN menurunkan calon MCA di kerusi Parlimen Wangsa Maju.

“Dia bagus, sebelum ini dia kalah sebab disabotaj MCA. Kena bagi peluang kepada Shafei sekali lagi. Saya tidak mahu MCA sebab parti itu tidak jaga kita.

“Dia (MCA) tidak tolong rakyat, sebaliknya hanya memilih dari kalangan kawan-kawan mereka sahaja,” dakwanya.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum ini membayangkan MCA akan bertanding di kerusi Parlimen Wangsa Maju.

Bagaimanapun, Shafei dilaporkan berkata, Umno paling layak bertanding di kawasan itu pada pilihan raya umum ke-14, walaupun kalah pada 2013.

Shafei mendakwa jika MCA dicalonkan di kerusi itu, pengundi Melayu mungkin menyokong pembangkang.

Terdapat 67,775 pengundi di Wangsa Maju, dengan 61% ialah Melayu, 21% Cina dan 18% India.

Pada PRU13, Shafei yang mendapat 26,130 undi tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong yang memperoleh 31,641 undi.

LIHAT VIDEO DI SINI



Demikianlah Artikel Pengundi Cina ugut undi pembangkang, jika MCA tanding di Wangsa Maju

Sekianlah artikel Pengundi Cina ugut undi pembangkang, jika MCA tanding di Wangsa Maju kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pengundi Cina ugut undi pembangkang, jika MCA tanding di Wangsa Maju dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/pengundi-cina-ugut-undi-pembangkang.html

Subscribe to receive free email updates: