Kes Kementerian Belia dan Sukan: Beg kepit, dompet, cermin mata mewah jadi bukti

Kes Kementerian Belia dan Sukan: Beg kepit, dompet, cermin mata mewah jadi bukti - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kes Kementerian Belia dan Sukan: Beg kepit, dompet, cermin mata mewah jadi bukti, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kes Kementerian Belia dan Sukan: Beg kepit, dompet, cermin mata mewah jadi bukti
link : Kes Kementerian Belia dan Sukan: Beg kepit, dompet, cermin mata mewah jadi bukti

Baca juga


Kes Kementerian Belia dan Sukan: Beg kepit, dompet, cermin mata mewah jadi bukti

 
Antara jenama barangan tersebut ialah Louis Vuitton, Gucci, Dior Home, Tom Ford, Linda Farrow, Fendi Roma, Prada, Cartier, Richard Mille dan Giorgio Armani.





KUALA LUMPUR: Beg kepit, dompet dan cermin mata berjenama antara 31 barang dikemukakan di Mahkamah Sesyen hari ini sebagai barang bukti pada perbicaraan kes bekas pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang didakwa atas 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu membabitkan RM38.4 juta.

Kesemua 3 beg kepit, 14 dompet dan 14 pasang cermin mata hitam itu dikemukakan Ketua Penolong Kanan Penguasa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Asmawi Kulup Lam ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Aaron Chelliah, pada perbicaraan kes Otman Arsahd, 59, bekas setiausaha Bahagian Kewangan, KBS.

Antara jenama barangan tersebut ialah Louis Vuitton, Gucci, Dior Home, Tom Ford, Linda Farrow, Fendi Roma, Prada, Cartier, Richard Mille dan Giorgio Armani.

Asmawi membuka setiap barang bukti itu satu persatu semasa ditanya oleh Aaron mengenai barangan tersebut pada perbicaraan kes itu di hadapan Hakim Azura Alwi.

Saksi pendakwaan ke-49 itu turut mengemukakan sijil pengesahan keaslian bagi kesemua beg kepit, dompet dan cermin mata serta panduan penjagaannya.

Beliau berkata kesemua 31 barangan tersebut berserta dengan 11 kotak kosong iaitu bekas jam tangan Cartier termasuk sebuah beg kecil dan seutas gelang tangan jenama Massimo Dutti yang dirampas dibungkus dengan kemas dan dimasukkan ke dalam sebuah kotak ditandakan oleh SPRM.

Pada 21 April 2016, Otman, yang diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali, didakwa atas 64 pertuduhan menerima wang berjumlah RM16,623,000 hasil daripada aktiviti haram ke dalam akaun Maybank, RHB dan CIMB Berhad melalui cek antara 7 Mac 2012 hingga 11 Disember 2015.

Selain Otman, pengarah syarikat pembekal barangan sukan bawah KBS, Abdul Gafar, 44, dan isterinya Siti Rohanah, 44, suri rumah, masing-masing berdepan 63 pertuduhan memindahkan wang berjumlah RM15,723,000 yang merupakan hasil aktiviti haram menerusi 63 transaksi dari akaun bank 3 syarikat milik mereka ke akaun bank milik Otman bagi tempoh masa sama.

Kesemua mereka dituduh melakukan kesalahan itu di beberapa lokasi berbeza antaranya RHB Bank cawangan Presint 8, Putrajaya, Menara Maybank Jalan Tun Perak dan Maybank Jalan Raja Laut.

Otman, Abdul Gafar dan Siti Rohanah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA), membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara maksimum 5 tahun atau kedua-keduanya, jika sabit kesalahan.

Mereka juga didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFAPUAA), membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun atau boleh juga didenda tidak kurang daripada 5 kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram, jika sabit kesalahan.

Abdul Gafar dan Siti Rohanah diwakili peguam Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos.

Perbicaraan bersambung esok.



Demikianlah Artikel Kes Kementerian Belia dan Sukan: Beg kepit, dompet, cermin mata mewah jadi bukti

Sekianlah artikel Kes Kementerian Belia dan Sukan: Beg kepit, dompet, cermin mata mewah jadi bukti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kes Kementerian Belia dan Sukan: Beg kepit, dompet, cermin mata mewah jadi bukti dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/kes-kementerian-belia-dan-sukan-beg.html

Subscribe to receive free email updates: