Judul : Jangan semarakkan api perkauman sepanjang PRU - Syed Ali
link : Jangan semarakkan api perkauman sepanjang PRU - Syed Ali
Jangan semarakkan api perkauman sepanjang PRU - Syed Ali
Oleh Umi Faten Nadia Ezhar
SHAH ALAM: Ketua Umno Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengingatkan supaya mana-mana pihak agar tidak menyemarakkan sentimen perkauman dan menyebar fitnah sepanjang proses Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Beliau berkata Pakatan Harapan (PH) perlu bertindak rasional dan tidak menggadaikan kerharmonian negara hanya untuk menang PRU14.
"Blok pembangkang (Pakatan Harapan) diingatkan jangan terlalu ghairah untuk memenangi PRU dengan membakar sentimen perkauman, perbuatan itu bertentangan dengan semangat perpaduan yang dipupuk selama ini," katanya menerusi tulisan di laman blognya, hari ini.
Beliau berkata kerharmonian dan kerukunan antara kaum di negara ini adalah hasil pentadbiran Umno Barisan Nasional (BN) selama ini.
"Inilah salah satu kejayaan terbesar Umno dan BN, berjaya membina sebuah negara bangsa yang paling unik di dunia, perpaduan sedemikian perlu kita pertahankan," tegasnya.
Justeru katanya, jika aspek keharmonian kaum diabaikan sepanjang proses pilihan raya ini, ia mungkin boleh menggugat apa yang sudah dibina dan dipertahankan kerajaan selama ini.
"Saya amat berharap pihak polis dan pasukan keselamataan akan bertegas dalam hal sebegini dan mengambil tindakan pantas terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang sengaja mencetuskan kacau bilau," katanya.
Kempen pilihan raya bermula sebaik sahaja penamaan calon 28 April ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum itu menetapkan 9 Mei (Rabu) sebagai hari mengundi bagi PRU-14.
Pengundian awal ditetapkan pada 5 Mei dengan tempoh berkempen selama 11 hari, berbanding 15 hari pada PRU-13.
Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Demikianlah Artikel Jangan semarakkan api perkauman sepanjang PRU - Syed Ali
Sekianlah artikel Jangan semarakkan api perkauman sepanjang PRU - Syed Ali kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jangan semarakkan api perkauman sepanjang PRU - Syed Ali dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/jangan-semarakkan-api-perkauman.html