Judul : Rafidah Aziz perlu jawab dengan fakta, kata Hishamuddin
link : Rafidah Aziz perlu jawab dengan fakta, kata Hishamuddin
Rafidah Aziz perlu jawab dengan fakta, kata Hishamuddin
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Dakwaan dibangkitkan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz berhubung tanah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hanya bertujuan menyerang perdana menteri, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Beliau menegaskan ia kerana tuduhan penswastaan tanah ATM itu tidak berasas dan tanpa fakta.
“Tuduhan dilemparkan tidak berasas dan kadang-kadang hanya fitnah bulat-bulat.
"Saya harap pihak tertentu akan menjawab dengan fakta dan bukannya hanya menekankan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan saya sahaja,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) di SATRIA Residensi, Sungai Besi hari ini.
Turut hadir Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Sabtu lalu, Rafidah menerusi ”Surat Terbuka Untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak” yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya, menyatakan perdana menteri selaku menteri pertahanan pada 2008 telah mengesyorkan penswastaan lebih 40,000 hektar tanah ATM kepada sebuah syarikat milik tiga individu dan telahpun diluluskan serta dilaksanakan.
Demikianlah Artikel Rafidah Aziz perlu jawab dengan fakta, kata Hishamuddin
Sekianlah artikel Rafidah Aziz perlu jawab dengan fakta, kata Hishamuddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rafidah Aziz perlu jawab dengan fakta, kata Hishamuddin dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/rafidah-aziz-perlu-jawab-dengan-fakta.html