Kadar GST naik selepas PRU14? Zahid kata ‘tidak’

Kadar GST naik selepas PRU14? Zahid kata ‘tidak’ - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kadar GST naik selepas PRU14? Zahid kata ‘tidak’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kadar GST naik selepas PRU14? Zahid kata ‘tidak’
link : Kadar GST naik selepas PRU14? Zahid kata ‘tidak’

Baca juga


Kadar GST naik selepas PRU14? Zahid kata ‘tidak’

THE MALAYSIAN TIMES




BAGAN DATUK: Kerajaan memberi jaminan tidak akan menaikkan kadar 6 peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) walaupun selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pengiraan yang dibuat kerajaan mendapati kadar sedia ada mencukupi dan mampu memberi pendapatan lebih RM40 bilion kepada negara.

Dalam Bajet 2018, katanya, kerajaan juga menjangka adanya peningkatan pendapatan daripada hasil petroleum iaitu dari AS$52 setong meningkat kepada AS$70 setong sebelum ini.

“Pendapatan negara melalui hasil minyak yang diperoleh daripada dividen Petronas mampu membantu kerajaan melaksanakan projek yang ada di dalam Manifesto Barisan Nasional (BN).

“Ia juga mampu menampung kenaikan satu gaji tahunan penjawat awam yang diumumkan baru baru ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata dakwaan kenaikan kadar GST itu dibangkitkan pihak tertentu yang sengaja mahu merosakkan kepercayaan rakyat terhadap BN yang memerintah negara.

Beliau berkata perkara itu tidak berasas kerana Kementerian Kewangan dan Bank Negara sendiri tidak melihat perlunya kadar sedia ada dinaikkan.

“Pendapatan kita bukan sahaja cukup tetapi mampu menampung belanjawan yang diumumkan malah untuk 5 tahun akan datang,” katanya.



Demikianlah Artikel Kadar GST naik selepas PRU14? Zahid kata ‘tidak’

Sekianlah artikel Kadar GST naik selepas PRU14? Zahid kata ‘tidak’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kadar GST naik selepas PRU14? Zahid kata ‘tidak’ dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/kadar-gst-naik-selepas-pru14-zahid-kata.html

Subscribe to receive free email updates: